Monday 10 October 2011

Academic Coffee Session MyPSA-WA & AIPSSA 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Cik Puan Warga MyPSA-WA yang dikasihi,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak MyPSA-WA dengan kerjasama Association of Indonesian Post-Graduate Students and Scholars in Australia (AIPSSA) buat julung kalinya akan menganjurkan Academic Coffee Session MyPSA-WA & AIPSSA 2011. Oleh kerana kekangan masa, sesi ini akan diadakan pada penghujung Oktober 2011. Butiran program adalah seperti berikut:
 
Tarikh : 29 Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengahari
Lokasi : Conference Room, Science and Mathematics Education Centre (SMEC) -Building 220, Curtin University
Bilangan Pembentang : 6 orang (3 MyPSA-WA dan 3 AIPSSA)
Tempoh Pembentangan : 15 minit (pembentangan) + 10 minit (soal jawab)
Jamuan Makan : Konsep ‘potluck

              
Sehubungan dengan itu, Biro Pendidikan MyPSA-WA berbesar hati ingin menjemput/mempelawa tiga (3) orang pembentang dari kalangan Warga MyPSA-WA. Tuan/cik puan yang berminat dimohon memberikan NAMA dan TAJUK PEMBENTANGAN kepada saya selewat-lewatnya pada 14 Oktober 2011 (Jumaat) di alamat emel mazniza.sairibinti@student.curtin.edu.au atau masniza_80@yahoo.co.uk.

Semoga sesi yang dirancang ini mendapat kerjasama semua dan berjalan dengan lancar.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Masniza Sairi
Exco Pendidikan MyPSA-WA 2011/12

No comments:

Post a Comment