Wednesday 27 July 2011

Laporan Perlawanan Persahabatan Futsal dan Bola Tampar MyPSA-WA vs Undergrad

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah. Perlawanan Persahabatan Futsal dan Bola Tampar antara MyPSA-WA dengan pelajar undergrad termasuk gabungan Konsulat General Malaysia Perth, Tourism Malaysia Perth serta Malaysian Airlines System, Perth  telah berjaya diadakan dengan jayanya pada 14 Julai, 2011 yang lalu, bertempat di George Burnett Leisure Centre, Karawara. Bagi kategori bola tampar wanita, ia melibatkan perlawanan di antara pasukan MyPSA dengan pasukan Undergrad. Manakala pasukan futsal terdiri daripada pasukan MyPSA Team A, MyPSA  Team B, pasukan Undergrad dan pasukan gabungan Konsulat/Tourism/MAS (Konsulat General Malaysia Perth, Tourism Malaysia Perth serta Malaysian Airlines System, Perth).

Perlawanan Persahabatan ini turut disertai dan diserikan lagi dengan kehadiran En.Rudy Adrie Idris, Konsul/Education Attache ,Education Malaysia Australia, Perth yang merupakan tetamu jemputan termasuk Tn.Hj Shukri Hanafiah, Pengarah Tourism, Malaysia Perth, En.Mohd. Zam Zami Marzuki , Vice Consul Immigration, Konsulat General Malaysia dan En.Chali Awang, Pengurus Malaysian Airlines System, Perth.

Kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan AJK yang terdiri daripada sdr. Mohamad Fadzil, sdri. Zainun, sdri.Yusni, sdr. Zawawi, sdri. Masniza, sdr. Mohd.Hamizar, sdri. Farida Hazwani, sdr. Mohd.Shahid, sdr. Mohd.Faiz (MASCA), sdri.Afizawati termasuklah Presiden MyPSA-WA , Pn. Salmah Abdul Aziz yang banyak memberikan bantuan dan sokongan untuk menganjurkan perlawanan persahabatan ini. Tidak lupa juga kepada pengadil jemputan iaitu sdr. Zhaf dan Hamis yang didatangkan khas dari MASCA.

Pihak MyPSA WA juga  ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penaja- penaja yang menaja hadiah untuk para pemenang, minuman/makanan para pemain termasuklah sewaan gelanggang dan fasiliti iaitu En Rudy Adrie (EMAP), Tn.Hj Shukri Hanafiah, Pengarah Tourism, Malaysia Perth, En.Mohd. Zam Zami Marzuki , Vice Consul Immigration, Konsulat General Malaysia dan En.Chali Awang, Pengurus Malaysian Airlines System, Perth.

Berikut ialah keputusan penuh Perlawanan Persahabatan Futsal dan Bola Tampar:

I. SUKAN BOLA TAMPAR WANITA AKHIR

Johan        : Pasukan MyPSA- WA
Naib Johan   : Pasukan Undergrad- WA
Keputusan        : (MyPSA-WA menang kedua-dua set permainan, 2-0)

II. SUKAN FUTSAL

Johan        : Pasukan Undergrad (7 mata)
Naib Johan   : Pasukan Konsul/Tourism/MAS (4 mata)
Tempat ke-3  : MyPSA Team-B (4 mata)
Tempat ke-4  : MyPSA Team-A (1 mata)
        
III. HADIAH -NOVELTY

PEMAIN TERBAIK BOLA TAMPAR : Sdri. Zainatul Shima Abdullah-pasukan MyPSA-WA
PENJARING TERBANYAK FUTSAL : Sdr. Khizmal dan Faris -pasukan Undergrad, masing-masing 3 gol
PENJAGA GOL TERBAIK FUTSAL : Sdr. Mohamad Fadzil Omar –pasukan MyPSA Team A
PEMAIN TERBAIK FUTSAL      : En.Chali Awang -pasukan Konsulat/Tourism/MAS

IV. CENDERAHATI KEPADA PEMAIN-PEMAIN FUTSAL DAN BOLA TAMPAR YANG ‘BALIK FOR GOOD’ BAGI PASUKAN MyPSA-WA

1.MOHD.HAMIZAR HAMID
2.MOHD.ZAIHAM ABD HAMID
3.HILWANI SHAHIMI
4.MOHD.FAIZ AZMI (MASCA)
5.NOR HANANI AHAMAD RAPANI



Hadiah-hadiah dan cenderahati kepada pemenang dan penerima telah disampaikan oleh Tn.Hj Shukri Hanafiah, Pengarah Tourism , Malaysia Perth , En.Mohd. Zam Zami Marzuki , Vice Consul Immigration, Konsulat General Malaysia, Prof. Madya Dr.Raja Norashikin (isteri kepada Tuan Pengarah Tourism Malaysia, Perth), dan Presiden MyPSA- WA, Pn. Salmah Abdul Aziz. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang! Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa. Adalah diharapkan dengan sokongan dan dorongan daripada Tuan/Puan, perlawanan persahabatan sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang, inshaAllah.

Kami pihak penganjur memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam menjayakan Perlawanan Persahabatan Futsal dan Bola Tampar antara MyPSA-WA dengan pelajar undergrad termasuk gabungan Konsulat General Malaysia Perth, Tourism Malaysia Perth serta Malaysian Airlines System, Perth.

Klik sini untuk album gambar.

'MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA'


Mohd.Afzanizam Yahaya
Biro Sukan dan Rekreasi
MyPSA WA 2011/2012