Wednesday 22 February 2012

ACADEMIC COFFEE SESSION (BIL. 3, 2011/2012)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Cik Puan Warga MyPSA-WA yang dikasihi,

Merujuk kepada emel saya sebelum ini bertarikh 08 Feb 2012, pihak MyPSA-WA (2011/12) dengan sukacitanya sekali lagi ingin menjemput tuan/cik puan menghadiri Academic Coffee Session (Siri 3, 2011/12) seperti butiran berikut:

Tarikh : 04 Mac 2012 (Ahad)
Masa : 9.30 – 11.30 pagi
Lokasi : Conference Room, Science and Mathematics Education Centre (SMEC) - Building 220, Curtin University
(lokasi ACS MyPSA & AIPSSA terdahulu) (http://properties.curtin.edu.au/maps/)
Jamuan Makan : Konsep ‘potluck’

Tentatif Program:      

9.30 – 9.35 pagi
Ucapan aluan Presiden MyPSA-WA
Bacaan doa


9.35 – 10.05 pagi
Pembentangan 1 + Sesi Soal Jawab
-   Saudara Ahmad Fareed Ismail
    Murdoch University
    Tourism Organizations: Internet Leapfrogging and Evolution


10.05 – 10.15 pagi
Minum pagi

10.15 – 10.45 pagi
Pembentangan 2 + Sesi Soal Jawab
-   Saudari Azra Munirah Mat Daud
    The University of Western Australia
    Inside Informal, Outside Stormy


10.45 – 11.15 pagi
Pembentangan 3 + Sesi Soal Jawab
-   Saudara Akmal Sabarudin
    Curtin University
    Ready to publish?


11.15 pagi 
Bersurai

Mohon kerjasama tuan/cik puan untuk memberi maklumbalas kehadiran kepada saya. Semoga sesi yang dirancang ini mendapat kerjasama semua dan berjalan dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Masniza Sairi
Exco Pendidikan MyPSA-WA (2011/12)

Pertandingan Bowling MyPSA-WA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Hari pertandingan semakin hampir!!! Sudahkan anda bersedia??...

Berikut merupakan senarai nama pemain-pemain mengikut kumpulan yang telah ditetapkan berdasarkan kepada penerimaan nama atau borang penyertaan.  Nama samaran (nick name) yang terdapat di dalam senarai tersebut akan dipaparkan di 'lane monitor' pada hari pertandingan.

Group A :
AFIZAWATI AYUB (AFIZA)
SHARUNIZAM SHARI (SHAH)
ZAINATUL SHIMA ABDULLAH (SHIMA)
SAIYIDI (SAIYIDI)

Group B:
MOHAMAD FADZIL OMAR BAKI (FADZIL)
NOR RAIHANA MOHD ALI (HANA)
AHMAD HISHAM ZAINAL ABIDIN (SHAM)
YUSNI HASSAN (YUS)

Group C:
NURUL HANIM (HANIM)
AZHAR HUSSIN (AZHAR)
ZAWAWI ABD RAHIM (AWIE)
RAIHANA (RAI)

Group D:
FARIS (FARIS)
SALMAH ABDUL AZIZ (SAL)
MOHD AZMAN HJ MOHD ARIFFIN (AZMAN)
MOHAMAD AZMI BIN NIAS AHMAD (AZMI)

Group E:
FAREED ISMAIL (FAREED)
HANIFF (HANIF)
FARIDA HAZWANI (FARIDA)
NORESMA JAHYA (EMMA)

Group F:
ASAMUDIN (ASA)
ZAHIRAH KHALID (IRAH)
ABDUL HADI (HADI)
MASNIZA (MAS)

Group G:
Consulate Office

Group H:
Consulate Office

Group I:
MASCA

Sebagai peringatan, kesemua peserta dikehendaki berada di  AMF Bowling Cannington (Cnr Manning Road & Burton St, Cannington) tepat jam 10 pagi untuk proses pendaftaran pemain dan urusan pengambilan kasut.  Bayaran pendaftaran sebanyak AUD20.00 (2 games) perlu dijelaskan pada pagi tersebut.  Diharapkan agar semua pemain dapat datang pada masa yang telah ditetapkan kerana permainan akan dijalankan secara serentak. 

Kepada pasukan-pasukan atau individu yang berhajat untuk berlatih, AMF Bowling ada menawarkan pakej istimewa seperti berikut;

Pakej 1 - 2 Games = AUD 10.00 per head ( Hanya pada hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 10 mlm)
Pakej 2 - 3 Games = AUD 15.00 per head ( Hanya pada hari Ahad bermula jam 8 mlm)

(Booking amatlah digalakkan)



Saya bagi pihak Exco MyPSA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bertanding dengan penuh semangat kesukanan.


Sekian, Wassalam.
Fadzil Omar

Wednesday 1 February 2012

Pertandingan Bowling MyPSA-WA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan pihak MyPSA-WA akan menganjurkan Pertandingan Bowling.
Berikut merupakan maklumat berkaitan pertandingan.

Tarikh: 26 Februari 2012 (Ahad)
Lokasi: AMF Bowling Cannington, Cnr Manning Road & Burton St, Cannington
Masa: 10am- 1pm.
Yuran penyertaan: AUD20/peserta (2 games)

Mohon kepada yang berminat untuk memberikan maklumat nama, no telefon, email dan universiti anda beserta kategori (sama ada remaja, lelaki atau wanita) kepada Saudara Fadzil (fadzil@y7mail.com) selewat-lewatnya pada 8 Februari 2012. Pembayaran yuran boleh dilakukan kepada Saudara Fadzil atau mana-mana exco MyPSA-WA sebelum atau semasa pendaftaran pada hari pertandingan. Penyertaan adalah berdasarkan "first come, first serve" basis.

Syarat –  Syarat Pertandingan Bowling Anjuran MyPSA WA 2012

1. Terbuka kepada semua warga ahli MyPSA dan keluarga yang memenuhi syarat pertandingan serta.
2. Penyertaan adalah secara  “ First Come First Serve basis ” dan terhad kepada 40 peserta sahaja.
3. Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan iaitu;
     i.   Remaja (Berumur diantara 11 tahun hingga 17 tahun)
     ii.   Individu lelaki
     iii.  Individu wanita
     iv.  Berpasukan
4. Setiap peserta adalah layak secara ‘automatik’ untuk bertanding dalam ketegori berpasukan.
5. Pembentukan pasukan akan ditentukan secara RAWAK oleh pihak penganjur.
6. Setiap peserta akan bermain sebanyak 2 ‘games’. Markah  yang diperolehi dalam ‘games’ berkenaan akan digunakan untuk penentuan pemenang bagi setiap kategori.
7. Pemilihan pemenang bagi  kategori  remaja,  individu  lelaki  dan  wanita  akan  berdasarkan jumlah kutipan mata yang tertinggi.  Bagi kategori berpasukan pula, jumlah kutipan mata akan dikumpulkan dari jumlah kutipan mata setiap peserta di dalam kumpulan tersebut.
8. Jawatan Kuasa Pertandingan akan menyediakan bola & kasut bowling sepanjang pertandingan diadakan, walau bagaimanapun peserta dibenarkan untuk membawa bola & kasut bowling sendiri (jika ada).
9. Peserta diMESTIkan  memakai sarung kaki (stokin) sepanjang pertandingan diadakan, peserta yang gagal mematuhi arahan tidak akan dibenarkan untuk bertanding.
10. Jumlah mata akan dikira dan dikeluarkan setelah semua ‘games’ yang dipertandingkan selesai.
11. “Lane Sensor “ tidak akan digunakan semasa pertandingan dijalankan.
12. Semua peserta akan bermain dalam  ‘lane’ yang sama sepanjang pertandingan berlangsung (No Cross Lane).
13. Semua  peserta  perlu  mematuhi  segala  peraturan yang  ditetapkan sama  ada  oleh  Jawatan Kuasa Pertandingan ataupun pihak pengurusan AMF Bowling.
14. Peserta yang telah mendaftarkan nama untuk pertandingan tetapi gagal hadir semasa pertandingan berlangsung,wang penyertaan tidak akan dikembalikan.


Sekian. Terima kasih.