Wednesday 1 February 2012

Pertandingan Bowling MyPSA-WA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan pihak MyPSA-WA akan menganjurkan Pertandingan Bowling.
Berikut merupakan maklumat berkaitan pertandingan.

Tarikh: 26 Februari 2012 (Ahad)
Lokasi: AMF Bowling Cannington, Cnr Manning Road & Burton St, Cannington
Masa: 10am- 1pm.
Yuran penyertaan: AUD20/peserta (2 games)

Mohon kepada yang berminat untuk memberikan maklumat nama, no telefon, email dan universiti anda beserta kategori (sama ada remaja, lelaki atau wanita) kepada Saudara Fadzil (fadzil@y7mail.com) selewat-lewatnya pada 8 Februari 2012. Pembayaran yuran boleh dilakukan kepada Saudara Fadzil atau mana-mana exco MyPSA-WA sebelum atau semasa pendaftaran pada hari pertandingan. Penyertaan adalah berdasarkan "first come, first serve" basis.

Syarat –  Syarat Pertandingan Bowling Anjuran MyPSA WA 2012

1. Terbuka kepada semua warga ahli MyPSA dan keluarga yang memenuhi syarat pertandingan serta.
2. Penyertaan adalah secara  “ First Come First Serve basis ” dan terhad kepada 40 peserta sahaja.
3. Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan iaitu;
     i.   Remaja (Berumur diantara 11 tahun hingga 17 tahun)
     ii.   Individu lelaki
     iii.  Individu wanita
     iv.  Berpasukan
4. Setiap peserta adalah layak secara ‘automatik’ untuk bertanding dalam ketegori berpasukan.
5. Pembentukan pasukan akan ditentukan secara RAWAK oleh pihak penganjur.
6. Setiap peserta akan bermain sebanyak 2 ‘games’. Markah  yang diperolehi dalam ‘games’ berkenaan akan digunakan untuk penentuan pemenang bagi setiap kategori.
7. Pemilihan pemenang bagi  kategori  remaja,  individu  lelaki  dan  wanita  akan  berdasarkan jumlah kutipan mata yang tertinggi.  Bagi kategori berpasukan pula, jumlah kutipan mata akan dikumpulkan dari jumlah kutipan mata setiap peserta di dalam kumpulan tersebut.
8. Jawatan Kuasa Pertandingan akan menyediakan bola & kasut bowling sepanjang pertandingan diadakan, walau bagaimanapun peserta dibenarkan untuk membawa bola & kasut bowling sendiri (jika ada).
9. Peserta diMESTIkan  memakai sarung kaki (stokin) sepanjang pertandingan diadakan, peserta yang gagal mematuhi arahan tidak akan dibenarkan untuk bertanding.
10. Jumlah mata akan dikira dan dikeluarkan setelah semua ‘games’ yang dipertandingkan selesai.
11. “Lane Sensor “ tidak akan digunakan semasa pertandingan dijalankan.
12. Semua peserta akan bermain dalam  ‘lane’ yang sama sepanjang pertandingan berlangsung (No Cross Lane).
13. Semua  peserta  perlu  mematuhi  segala  peraturan yang  ditetapkan sama  ada  oleh  Jawatan Kuasa Pertandingan ataupun pihak pengurusan AMF Bowling.
14. Peserta yang telah mendaftarkan nama untuk pertandingan tetapi gagal hadir semasa pertandingan berlangsung,wang penyertaan tidak akan dikembalikan.


Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment