Saturday 11 June 2011

ACS Siri 1 2011/2012

Academic Coffee Session (ACS) (Siri 1, 2011/2012) telah berjaya diadakan pada 28 Mei 2011 yang lalu, bertempat di Brodie Hall, Technology Park, Bentley. ACS kali ini menerima jumlah kehadiran yang baik daripada warga MyPSA-WA di mana seramai 35 orang (pembentang dan peserta) telah menghadiri sesi ini. Program bermula jam 9.45 pagi dengan dipengerusikan oleh Saudara Sharunizam Shari (Mantan Presiden MyPSA-WA, 2010/2011). Ucapan aluan Presiden MyPSA-WA (2011/2012), Saudari Salmah Ab. Aziz membuka tirai program diikuti dengan bacaan doa daripada Exco Kerohanian, Saudara Sofian Hussain.

Sesi pembentangan dimulakan oleh Saudara Ahmad Hisham Zainal Abidin dari Murdoch University dengan projek bertajuk Eliciting Mental Model of Blind People for Web Page. Seterusnya adalah pembentangan bertajuk Try, Trial and Testing daripada Saudara Muhd Ibrahim Muhamad Damanhuri (Curtin University). Pembentang ketiga adalah Saudari Nurul Hanim Md Romainoor (Curtin University) dengan projek bertajuk Art as a medium to reduce social exclusion for adult with down syndrome.

Sesi pembentangan diakhiri dengan pembentangan khas/jemputan daripada Saudari Raja Adzrin Raja Ahmad daripada Curtin University yang baharu sahaja menamatkan pengajian PhD beliau dan menerima gelaran Doktor (Dr.). Beliau telah sudi berkongsi tips dan pengalaman bagaimana untuk menyelesaikan pengajian PhD dalam tempoh kurang daripada 3 tahun. Tahniah diucapkan kepada beliau daripada seluruh warga MyPSA-WA.

Terima kasih diucapkan kepada semua pembentang yang telah sudi berkongsi ilmu berkaitan projek penyelidikan masing-masing. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua peserta lain yang telah turut sama berkongsi idea/pandangan dalam menambahbaik projek yang dibentangkan. Terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menyediakan juadah/hidangan (konsep potluck) yang enak untuk dinikmati semasa program. Menu utama iaitu mee goreng dan air teh-o telah disediakan oleh pihak MyPSA-WA.

Program ACS tamat pada jam 1.05 tengahari. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada seluruh barisan pimpinan dan exco MyPSA-WA (2011/2012) yang telah membantu menjayakan program ini. Semoga siri ACS dan aktiviti MyPSA-WA di masa hadapan akan menerima kerjasama yang baik daripada semua warganya.

Pautan ke album gambar: klik sini.

Laporan disediakan oleh,
Masniza binti Sairi
Exco Pendidikan MyPSA-WA (2011/2012)