Friday 29 November 2013

Halal Food Bank Drive MyPSA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli MYPSA,
Pihak MYPSA akan melancarkan tabung kutipan derma untuk Halal Food Bank Perth. 


Halal Food Bank Perth adalah satu inisiatif The Ansaar Project. Objektif Halal food bank ini adalah untuk membekalkan makanan halal dan berkhasiat kepada mereka yang memerlukan. Majoriti makanan yang disedekahkan diagih-agihkan kepada keluarga ibu tunggal muslim yang memerlukan, orang yang tiada tempat tinggal (homeless), orang miskin (kebanyakannya diberi kepada orang islam yang baru tiba, atau putus pekerjaan yang belum menjadi warganegara atau PR) dan lain lain lagi.

Pihak halal food bank Perth baru baru ini telah mewawarkan yang stok makanan mereka telah kehabisan. Mereka memerlukan makanan berikut untuk diagihkan kepada yang memerlukan:

- Susu UHT (Long life milk 1L)
- Tepung gandum (Flour (1kg) - Pasta (500g) - Beras (Rice) - Kekacang dalam tin (Canned beans/lentils/chickpeas (standard size) - Ikan dalam Tin (Canned fish) - Buah buahan dalam tin (Tin Fruit (standard size) - Minyak masak (Oil (1L or less) - sayur dalam tin (Tin Vegetable (standard tin size) - Gula (Sugar 500g or 1 kg) - Garam (Salt) - Teh (Tea) - Biskut (Biscuits)  
Ahli ahli yang mahu menderma untuk tujuan ini bolehlah berbuat demikian sebelum 10 Disember 2013. Pihak MyPSA juga mengalu alukan ahli yang ingin turut serta sama-sama membeli dan menghantar makanan ini ke Masjid Rivervale setelah dana dikutip.
Butir butir akaun adalah seperti berikut (sila letak 'Halal Food Bank' pada ruangan description):


Bank: Commonwealth Bank of Australia
Account Type: Society Cheque Account
BSB : 066-209
Account Number : 1005 2843
Account Title : Malaysian Postgraduate Students' Association Western Australia


Semoga usaha kita dipandang Allah  InsyaAllah.


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Safiyyah Aziz di 0410287025 atau email safiyyahaziz@gmail.com

Thursday 28 November 2013

Barisan MPE dan AJK MyPSA 2014

Assalamualaikum warga MyPSA yang dihormati,

dengan sukacitanya memperkenalkan barisan MPE baru tahun ini terdiri daripada :
1. Muhamad Hafiz Che Othman pelajar Phd dari UWA
2. Hidhir Mohamed pelajar masters dari Curtin uni
3. Najihah Ismail pasangan kepada Faizal Abdul Manaf dari Murdoch uni
4. Nani Abdul Manan pasangan kepada Azrul Yahya dari UWA

Biro-biro
1. Safiyyah A Aziz pelajar Phd dari UWA
2. Anna Aryani Amir pelajar Phd dari UWA
3.
Nadiatul Syima Mohd Shahid pelajar PhD Curtin
Syabas dan tahniah atas perlantikan dan Insya Allah diharap semua ahli dapat memberi kerjasama yang erat kepada MPE yang baru. Kita ketiadaan wakil dari ECU pada hari AGM...diharap ada yang sudi menawarkan diri sbagai wakil.

Sekian terima kasih!

Sunday 24 November 2013

Laman Web MyPSA WA

Salam warga MyPSA. Selain facebook rasmi MyPSA ini maklumat mengenai MyPSA juga boleh diketahui melalui blog rasmi MyPSA: http://mypsawa.blogspot.com.au/