Wednesday 25 April 2012

Calon AJK Eksekutif MyPSA WA 2012/2013 MENANG TANPA BERTANDING

As salam dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa tiga nama telah diterima sebagai calon AJK Eksekutif MyPSA WA 2012/2013 seperti berikut:

1) Fatim Tahirah (Curtin University)
2) Mohd Saiyidi Mokhtar (ECU)
3) Mohd Rosdi Naim Mat (Pasangan)

Sehubungan dengan itu, diumumkan bahawa ketiga-tiga calon MENANG TANPA BERTANDING.

Sekian, harap maklum.

Yang benar,
Ahmad Hisham Zainal Abidin
Mohamad Fadzil Omar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013

Sunday 22 April 2012

Pencalonan AJK Eksekutif MyPSA-WA 2012/2013 [UPDATE 22 April]

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Satu lagi pencalonan baru telah diterima pada hari ini. Berikut adalah maklumat pencalonan tersebut;

Nama Calon :  Mohd Rosdi Naim Mat
Di cadangkan oleh: Abdul Hadi Abdul Karim
Disokong oleh: Sharunizam Shahri


Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kepada warga MyPSA WA bahawa tarikh tutup penamaan calon adalah pada 23 April 2012 (Isnin) sebelum jam 12 tengahari.  Oleh yang demikian, kepada yang berhajat untuk membuat pencalonan agar dapat melakukannya seberapa segera yang mungkin. 



Sekian,
Yang benar,
Ahmad Hisham Zainal Abidin
Mohamad Fadzil Omar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013

Saturday 21 April 2012

Pencalonan AJK Eksekutif MyPSA-WA 2012/2013

As salam & Salam Sejahtera,

Satu pencalonan telah diterima seperti berikut:

Nama :  Mohd Saiyidi Mokhtar (ECU)
Di cadangkan oleh: Yusni Hassan
Disokong oleh: Nor Raihana Mohd Ali
Sekian.

Yang benar,
Ahmad Hisham Zainal Abidin
Mohamad Fadzil Omar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013

Friday 20 April 2012

Pencalonan AJK Eksekutif MyPSA-WA 2012/2013 [UPDATE 20 April]

As salam dan Salam Sejahtera,

Satu pencalonan telah diterima seperti berikut:

Nama : Fatim Tahirah
Di cadangkan oleh: Zainun Mohd Shafie
Disokong oleh: Salmah Abd Aziz


Sekian.
Yang benar,
Ahmad Hisham Zainal Abidin
Mohamad Fadzil Omar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013

Tuesday 17 April 2012

Notis Pencalonan AJK Eksekutif MyPSA-WA 2012/2013 [UPDATE 17 April]

As salam & Salam Sejahtera,
 
Sehingga jam 3 petang ini, belum ada sebarang pencalonan diterima oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013.
 
Harap maklum.
 
Ahmad Hisham Zainal Abidin
Mohamad Fadzil Omar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013
 
 

Monday 9 April 2012

Notis Pencalonan AJK Eksekutif / Jawatankuasa Tertinggi MyPSA WA 2012/2013

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pencalonan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Pelajar Pasca Siswazah Malaysia, WA (MyPSA WA) bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)  Ke-4 Persatuan Pelajar Pasca Siswazah Malaysia, WA (MyPSA WA) adalah seperti butiran berikut:

  • Tarikh awal penamaan calon :   09 April 2012 (Isnin) jam 11.00 pagi
  • Tarikh tutup penamaan calon :  23 April 2012 (Isnin) sebelum jam 12 tengahari
  • Tarikh melobi/kempen calon :   24 April – 28 April 2012 sebelum bermulanya pengundian ketika Mesyuarat Agung.                                               
  • Tarikh pengundian : 28 April 2012 (Sabtu)
  • Pencalonan kali ini adalah untuk mencari 4 orang pemimpin eksekutif tanpa menetapkan jawatan mereka. Tiada had untuk bilangan calon tetapi hanya 4 calon dengan undian tertinggi akan dipilih dan mereka akan berbincang secara musyawarah untuk menentukan jawatan masing-masing mengikut perlembagaan persatuan. Sukacita dimaklumkan bahawa resolusi Mesyuarat Agung Khas (SGM) pada bulan November 2011 menyatakan hanya jawatan Presiden dikhususkan kepada pelajar manakala jawatan-jawatan lain terbuka kepada pelajar dan pasangan pelajar.
  • Para pencadang dikehendaki menghubungi bakal calon terlebih dahulu untuk memaklumkan hasrat mencalonkan ahli terbabit sebelum borang pencalonan dihantar kepada Pihak Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan MyPSA WA 2012/2013. Ini bertujuan untuk memberi ruang kepada ahli terbabit menimbang dan membuat keputusan samada menerima pencalonan atau sebaliknya.
  • Pencalonan hendaklah dilakukan menerusi borang ini. Sebarang pencalonan tanpa melalui borang adalah tidak sah.
  • Setiap pencalonan akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh pihak MyPSA WA melalui emel. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan MyPSA WA 2012/2013 akan menghubungi mereka yang dicalonkan dalam tempoh 24 jam selepas calon terbabit dicalonkan untuk memaklumkan berkaitan pencalonannya.
  • Sebarang penarikan diri dari calon haruslah dibuat melalui surat rasmi yang diemelkan kepada Jawatankuasa Mesyuarat Agung MyPSA WA untuk dipertimbangkan, selewat-lewatnya  24 jam setelah nama calon diumumkan. Selepas tempoh tersebut segala penarikan diri dari calon tidak akan dilayan.
  • Borang pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013, iaitu Saudara Ahmad Hisham (hishamza23@gmail.com) dan Saudara Mohamad Fadzil Omar (fadzil@y7mail.com) sebelum tarikh penamaan calon di tutup. 
  • Semua ahli MyPSA Western Australia berdaftar yang menepati syarat-syarat seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan MyPSA Western Australia adalah layak untuk dicalonkan. Syarat menjadi calon ialah menjadi ahli (termasuk pasangan) dan membayar yuran tahunan 2012 pada atau sebelum 28 April 2012. 
  
Sekian dimaklumkan.
 
  
Ahmad Hisham Zainal Abidin
Mohamad Fadzil Omar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013

Tuesday 3 April 2012

Tarikh Baru Mesyuarat Agung MyPSA WA 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ahli-ahli MyPSA WA,

Dengan hormatnya dimaklumkan tarikh baru mesyuarat agung tahunan MyPSA WA ke-4 yang ditangguh sebelum ini adalah seperti berikut:
Tarikh        :    28 April 2012 (Sabtu)
Masa          :    9.00 pagi
Tempat      :    Hill Lecture Theatre, Murdoch University


Sehubungan itu, sukacita tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.

Seperti sebelum ini, pemilihan Saf pimpinan MyPSA WA untuk sesi 2012/2013 akan diadakan semasa mesyuarat agung tetapi proses penamaan calon akan dibuka sebelum mesyuarat. Saudara Ahmad Hisham Zainal Abidin akan mengetuai Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013 dan dibantu oleh Saudara Mohamad Fadzil Omar. Segala maklumat mengenai percalonan dan proses pemilihan akan dimaklumkan oleh mereka tidak lama lagi.

Agenda mesyuarat :
i. Ucapan Pengerusi Majlis dan Bacaan Doa
ii. Ucapan Presiden Sesi 2011/2012
iii. Ucapan Perasmian oleh Yg Berusaha En Rudy Adrie Idris, Education Attache, EMAP
iv. Perlantikan Pengerusi dan Pencatat Minit Mesyuarat Agung MyPSA WA ke-4
v. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-3 (2011)
vi. Membentangkan dan meluluskan Laporan Aktiviti Tahunan 2011/2012
vii. Membentangkan dan meluluskan Laporan Kewangan 2011/2012
viii. Membentang dan membahas Usul
ix. Pemilihan Pemimpin Eksekutif MyPSA WA sesi 2012/2013 dan Pengumuman Keputusan
x. Pemilihan Juruaudit untuk sesi 2011/2012
xi. Ucapan Penangguhan
xii. Penyerahan Tugas dan Ucapan wakil Pimpinan Eksekutif sesi 2012/2013
xiii. Penyampaian sijil dan cenderahati    

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Zainun Mohd Shafie
Setiausaha MyPSA WA 2011/2012