Tuesday 3 April 2012

Tarikh Baru Mesyuarat Agung MyPSA WA 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ahli-ahli MyPSA WA,

Dengan hormatnya dimaklumkan tarikh baru mesyuarat agung tahunan MyPSA WA ke-4 yang ditangguh sebelum ini adalah seperti berikut:
Tarikh        :    28 April 2012 (Sabtu)
Masa          :    9.00 pagi
Tempat      :    Hill Lecture Theatre, Murdoch University


Sehubungan itu, sukacita tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.

Seperti sebelum ini, pemilihan Saf pimpinan MyPSA WA untuk sesi 2012/2013 akan diadakan semasa mesyuarat agung tetapi proses penamaan calon akan dibuka sebelum mesyuarat. Saudara Ahmad Hisham Zainal Abidin akan mengetuai Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013 dan dibantu oleh Saudara Mohamad Fadzil Omar. Segala maklumat mengenai percalonan dan proses pemilihan akan dimaklumkan oleh mereka tidak lama lagi.

Agenda mesyuarat :
i. Ucapan Pengerusi Majlis dan Bacaan Doa
ii. Ucapan Presiden Sesi 2011/2012
iii. Ucapan Perasmian oleh Yg Berusaha En Rudy Adrie Idris, Education Attache, EMAP
iv. Perlantikan Pengerusi dan Pencatat Minit Mesyuarat Agung MyPSA WA ke-4
v. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-3 (2011)
vi. Membentangkan dan meluluskan Laporan Aktiviti Tahunan 2011/2012
vii. Membentangkan dan meluluskan Laporan Kewangan 2011/2012
viii. Membentang dan membahas Usul
ix. Pemilihan Pemimpin Eksekutif MyPSA WA sesi 2012/2013 dan Pengumuman Keputusan
x. Pemilihan Juruaudit untuk sesi 2011/2012
xi. Ucapan Penangguhan
xii. Penyerahan Tugas dan Ucapan wakil Pimpinan Eksekutif sesi 2012/2013
xiii. Penyampaian sijil dan cenderahati    

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Zainun Mohd Shafie
Setiausaha MyPSA WA 2011/2012

No comments:

Post a Comment