Mengenai MyPSA-WA

Malaysian Postgraduate Students' Association of Western Australia atau singkatannya MyPSA WA merupakan satu persatuan yang ditubuhkan bertujuan menjaga kebajikan, memastikan kecemerlangan akademik serta memupuk semangat kekeluargaan dikalangan ahli persatuan. Persatuan pelajar ini disertai oleh pelajar-pelajar Malaysia (Pascasiswazah) yang sedang menuntut di universiti-universiti sekitar Western Australia (WA), Australia.

Visi dan Objektif
Vision : 
  • To represent, serve and protect the interest and welfare of the Malaysian Postgraduate community in Australia.


Objectives :
  • To unite all Malaysian postgraduate students in WA whether they are on scholarship or loan from Malaysian Federal or State government and its agencies, or privately funded,
  • To take care of the welfare and interest of students, for example academic and financial matters, to MyPSA’s best ability,
  • To voice the opinions and problems of students to the right authorities,
  • To facilitate the interaction between students and the officers of Malaysian Students Department in Sydney,
  • To organise academic and social activities for postgraduate students,
  • To engage positively with all governmental and non-governmental organizations, both Malaysian and Australian while maintaining its independence in philosophy, approach and action.

Sejarah

Persatuan Pelajar Pasca Siswazah Malaysia, Western Australia (MyPSA-WA) telah ditubuhkan secara rasmi pada hari Sabtu, 18 April 2009 bersamaan dengan 22 Rabiulakhir 1430 Hijrah di Mesyuarat Agung MyPSA-WA yang pertama. Mesyuarat berkenaan telah diadakan di Norman Duffy Theatre, Curtin University of Technology. Penubuhannya telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Nasir Abu Hassan, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Australia (MSDA).

MyPSA-WA pada asalnya adalah sebuah kumpulan e-mail (e-mail group) yang dikenali sebagai Malaysian Western Australia Ring atau singkatannya MAWAR, yang bertujuan untuk menyalurkan segala bentuk informasi khasnya kepada pelajar-pelajar pasca siswazah Malaysia di Western Australia. Apabila jumlah pelajar-pelajar pasca siswazah Malaysia yang menuntut di universiti-universiti sekitar Western Australia ini semakin  meningkat dan menyedari hakikat bahawa adalah sangat baik dan perlu sekiranya sebuah persatuan yang berdaftar sah dapat ditubuhkan. Dengan wujudnya persatuan, kebajikan pelajar pasca siswazah Malaysia serta keluarga mereka di sini dapat dijaga, maka tercetuslah idea dikalangan pelajar-pelajar pasca siswazah itu sendiri untuk menubuhkan MyPSA-WA ini.

Pada 17 Ogos 2008, mesyuarat MAWAR yang pertama telah diadakan bertujuan membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar disamping  menubuhkan satu Ahli Jawatankuasa Protem yang berfungsi dan berperanan untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan penubuhan secara rasmi persatuan pelajar pasca siswazah Malaysia di Western Australia ini. Seramai 5 orang Ahli Jawatankuasa Tertinggi Protem (Penaja) telah dipilih di dalam sesi pengundian yang telah dijalankan manakala Ahli Jawatankuasa Kecil pula adalah mereka yang telah dilantik oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Protem. Jumlah keseluruhan Ahli Jawatankuasa Protem adalah seramai 16 orang iaitu gabungan di antara pelajar dan pasangan. Mereka adalah terdiri daripada :

  • Pengerusi - Noor Hakim Rafai
  • Naib Pengerusi - Isharudin Md. Isa
  • Setiausaha - Sharifah Fatimah Syed Ahmad
  • Penolong Setiausaha - Hannerita Mohamad Zainal
  • Bendahari - Mohd Akhtar Abd. Karim
  • AJK - Musdi Shanat
  • AJK - Nazri Kama
  • AJK - Hamdan Daniyal
  • AJK - Corina Joseph
  • AJK - Azrul A. Mutalib
  • AJK - Mohd. Thabrani Marwan
  • AJK - Shahrol Azman Ahmad
  • Wakil UWA - Som Cit Sinang
  • Wakil Curtin - Shariff Ibrahim
  • Wakil Murdoch - Zurina Zulkarnain
  • Wakil ECU & Notre Dame - Rani Diana Othman

Selain bertindak sebagai Ahli Jawatankuasa Protem, mereka juga terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Sementara untuk menjalankan semua aktiviti-aktiviti sehinggalah MyPSA-WA tertubuh dengan rasminya.

Secara keseluruhannya, Ahli Jawatankuasa Protem telah bermesyuarat sebanyak 5 kali untuk membincang perlembagaan persatuan dan juga aktiviti-aktiviti persatuan. Ahli Jawatankuasa Protem juga telah melaksanakan beberapa aktiviti antaranya ialah :

  • Majlis Berbuka Puasa 2008 anjuran MyPSA-WA bersama dengan Kelab Umno Luar Negara (Western Australia)
  • Forum Pendidikan
  • Rumah Terbuka Aidilfirti 2008
  • Kursus Kepimpinan anjuran bersama dengan Kementerian Pengajian Tinggi
  • Majlis Perjumpaan dengan Wakil Jabatan Penuntut Malaysia Australia
  • Majlis Perjumpaan dengan YB Dato’ Mustapa Mohamed
  • Sambutan Maal Hijrah 1430 anjuran bersama dengan Konsulat Jeneral Malaysia Perth
  • Hari Keluarga MyPSA-WA 2009

Logo dan Penerangan