Monday 19 September 2011

Bengkel Penulisan Popular 2011

Salam & Salam Sejahtera Warga MyPSA-WA,

MyPSA-WA 2011/2012 dengan sukacitanya akan menganjurkan Bengkel Penulisan Popular 2011 yang akan dikendalikan oleh En. Zamri Mohamad, seorang Jurulatih & Konsultan Penulisan Kreatif dari Malaysia. Butiran lanjut program adalah seperti berikut:

Program: BENGKEL PENULISAN POPULAR 2011
Tarikh: 25 September 2011 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Lokasi: 408.1019, Curtin University (Bangunan 408 Business & Physiotheraphy, Tingkat 1, Bilik 019) berdekatan Bankwest
Jurulatih & Konsultan: En. Zamri Mohamad (Akademi Penulis Sdn. Bhd., Malaysia)
Sasaran Peserta: Pelajar kolej/universiti dan warga Malaysia di Australia Barat
Yuran: AUD$5.00

Klik sini untuk peta lokasi. Lokasi tempat kereta terhampir adalah di P25.

Sekian. Terima kasih.



Objektif:
  • Memberi latihan kemahiran penulisan popular yang berkualiti dan berpotensi untuk diterbitkan
  • Menggalakkan perkembangan bahan pengajian dan pengalaman  luar negara untuk dijadikan bahan penulisan popular bagi bacaan umum
  • Mencetuskan budaya memudah cara ilmu kepada bahan mesra pembaca umum yang dapat dibaca dan diaplikasi


Biodata Jurulatih

ZAMRI MOHAMAD, Finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian pada tahun 2010 dan 2011. Beliau adalah trainer yang membantu menghasilkan penulis-penulis tempatan berdasarkan formula 3P, Penulis, Penulisan dan Pemasaran. Berdasarkan kaedah Mulakan dengan Apa di Tangan, beliau telah menulis 20 buah buku dalam tempoh lima tahun sejak berumur 24 tahun. Dengan jumlah cetakan keseluruhan judul mencapai 60,000 naskah. Penulisan beliau merangkumi keusahawanan, komunikasi interpersonal, bantu diri dan novel kanak-kanak. Ia mendapat liputan di TV3, TV9, RTM dan media cetak sejak tahun 2006 sehingga tahun 2011. Beliau juga penggerak kepada kumpulan penulisan bersama dan membantu kumpulan penulisan melalui kaedah 'jajah rak' bagi memperkenalkan penulis-penulis baru. Selain itu, beliau dipanggil bagi mengendalikan dan membantu penjenamaan dan pembangunan imej kementerian melalui latihan penulisan buletin dan artikel web portal. Antara klien beliau, Jabatan Standard Malaysia, CIDB, Kementerian Kesihatan, MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. Pada masa sama beliau merupakan pengasas bersama Baca@ yang kini menjadi sebahagian jawatankuasa pemikir dalam pembangunan Kota Buku melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Kini beliau dalam usaha mencapai rangkaian rakyat Malaysia di luar negara secara konsisten melalui bengkel penulisan berpengaruh dengan kerjasama persatuan pelajar dan hubungan komuniti.



Sehubungan dengan itu, sesiapa yang berminat untuk menghadiri bengkel ini supaya dapat memberikan nama kepada saya (Masniza Sairi) di alamat emel mazniza.sairibinti@student.curtin.edu.au atau masniza_80@yahoo.co.uk selewat-lewatnya pada 22 Sep. 2011 (Khamis), jam 12.00 tengahari. Yuran penyertaan boleh dibayar sebelum bengkel berlangsung.


Sekian, terima kasih.


Yang Benar,

Masniza Sairi (0425272715)
Exco Pendidikan MyPSA-WA 2011/2012

Wednesday 14 September 2011

Tahniah Puan Wahiza Wahi

Penulisan Bab dalam buku oleh Puan Wahiza Wahi telah memenangi Anugerah 2010 WAIER Prize in Education untuk penerbitan pelajar pasca-siswazah terbaik dalam bidang pendidikan (Best postgraduate publication in Education) dari The University of Western Australia pada 14 Jun 2011. Penulisan beliau yang bertajuk "Investigating English language academic literacy for employability of undergraduate students: A case in a Malaysian public university" sekali lagi mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi Anugerah Postgraduate Research Award 2011 dari Western Australian Institute for Educational Research (WAIER) dalam majlis yang diadakan pada 13 Ogos 2011. Anugerah tersebut diberikan kepada setiap pelajar pasca-siswazah dalam bidang pendidikan terpilih dari 5 universiti di Perth. Anugerah seumpama ini merupakan yang pertama diterima oleh pelajar Malaysia di Western Australia.


Oleh itu bersempena dengan Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bersama Pelajar-pelajar & Rakyat Malaysia bertempat di Pan Pacific, Perth pada 3 September 2011 bersamaan dengan 4 Syawal 1432H, pihak Jabatan Penuntut Malaysia dan Konsulat Malaysia di Perth telah memberi penghargaan khas di atas pencapaian cemerlang beliau yg secara langsung menaikkan nama Malaysia di persada dunia khususnya di Australia ini. YAB PM telah menyampaikan sijil penghargaan kepada beliau dalam majlis tersebut. Sekalung tahniah dari seluruh pimpinan dan warga MyPSA WA untuk saudari Wahiza. Semoga kecemerlangan beliau menjadi inspirasi bagi pelajar-pelajar lain. 

Klik sini untuk pautan gambar majlis.

Sekian, terima kasih.


MyPSA-WA 2011/2012

Tuesday 13 September 2011

Sesi Bergambar Salam Perantau MyPSA-WA 2011


Sesi Bergambar Salam Perantau MyPSA-WA 2011 yang dijalankan pada 19 Jun 2011 telah berjaya diadakan di Mill Point, South Perth dengan lancar. Berbeza dengan tahun lalu, sesi bergambar kali ini diadakan sekali sahaja dengan menggabungkan seluruh ahli MyPSA-WA dari keempat-empat universiti di WA beserta ahli keluarga masing-masing. Sehubungan itu, pihak MyPSA-WA ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang telah sudi meluangkan masa menyertai sesi penggambaran tersebut. Sekalung penghargaan kepada En Zawawi Ab Rahim dan En Shuhainizam Suhaimi yang bertindak sebagai jurukamera tempoh hari. Pihak MyPSA-WA juga amat berterima kasih kepada En Hamizar Hamid yang telah menghantar foto-foto tersebut untuk paparan Salam Perantau dalam akhbar-akhbar Malaysia.

Klik sini untuk pautan ke album gambar tempoh hari.

Sekian, terima kasih.

Farida Hazwani Mohd Ridzuan
Exco Infokom MyPSA-WA
http://www.mypsa-wa.org

Tabung Amanah Zakat Western Australia (TAZWA)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Tabung Amanah Zakat Western Australia (TAZWA) telah ditubuhkan dengan rasminya pada 20 Ogos 2011 dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh pihak konsulat dan ahli mesyuarat terdiri dari wakil PR Malaysia dan persatuan-persatuan pelajar Malaysia yang berdaftar dengan konsulat dan Education Malaysia Australia Perth. Penubuhannya telah mendapat restu Konsul Jeneral Malaysia, Perth.

2. Ia akan diurustadbir oleh gabungan persatuan pelajar Malaysia di Western Australia (MyPSA WA, MISWA dan MASCA) serta wakil Persatuan Melayu, WA (MAWA) dan dikoordinasikan oleh Konsul Jeneral yang bertindak sebagai Yang DiPertua (YDP) dan Atase Pendidikan, Education Malaysia Australia Perth (EMAP) sebagai Tim YDP.

3. Matlamatnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan TAZWA iaitu untuk menguruskan semua kutipan zakat khususnya di kalangan masyarakat Islam Malaysia dan keseluruhan komuniti Muslim Western Australia amnya serta membantu mereka dengan segala bentuk usaha agar mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

4. Objektif khususnya ialah:
i.  Menguruskan semua kutipan zakat khususnya bagi masyarakat Islam di Western Australia
ii. Menyelaraskan semua pengurusan kutipan zakat berasaskan hukum syarak dalam Islam
iii.Menjalin dan memupuk hubungan serta kerjasama antara masyarakat Islam di Western Australia berasaskan prinsip Ummatan Wahidan (umat yang satu), Musawah (persamaan darjat dan kewajipan) , Ukhuwwah Islamiyah (persaudaraan Islam) dan Takaful Ijtima' (tanggungjawab bersama)

5. Sehubungan itu, pihak Lembaga TAZWA telah bersetuju melantik amil-amil berikut bagi melaksanakan urusan kutipan zakat:
 i.  Mohd Sofian Hj Hussain (MyPSA WA) 0466284479
ii. Mohamad Afzanizam Yahya (MyPSAWA) 0422012060
iii.Mohamad Fadzil Omar (MyPSA WA) 0425626583
iv.Ahmad Nazirul Faiz Ibrahim (MISWA) 0430105565
v. Zakri Yusof (MAWA) 0403929257


Tuan/Puan/Saudara/Saudari boleh membayar zakat fitrah serta zakat harta kepada amil-amil tersebut mulai sekarang. Semoga usaha ini mendapat sokongan semua dan dilimpahi keberkatan Allah SWT.

Sekian terima kasih


SALMAH ABDUL AZIZ
Setiausaha
Lembaga Pemegang Amanah TAZWA

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H/2011M