Wednesday 14 September 2011

Tahniah Puan Wahiza Wahi

Penulisan Bab dalam buku oleh Puan Wahiza Wahi telah memenangi Anugerah 2010 WAIER Prize in Education untuk penerbitan pelajar pasca-siswazah terbaik dalam bidang pendidikan (Best postgraduate publication in Education) dari The University of Western Australia pada 14 Jun 2011. Penulisan beliau yang bertajuk "Investigating English language academic literacy for employability of undergraduate students: A case in a Malaysian public university" sekali lagi mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi Anugerah Postgraduate Research Award 2011 dari Western Australian Institute for Educational Research (WAIER) dalam majlis yang diadakan pada 13 Ogos 2011. Anugerah tersebut diberikan kepada setiap pelajar pasca-siswazah dalam bidang pendidikan terpilih dari 5 universiti di Perth. Anugerah seumpama ini merupakan yang pertama diterima oleh pelajar Malaysia di Western Australia.


Oleh itu bersempena dengan Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bersama Pelajar-pelajar & Rakyat Malaysia bertempat di Pan Pacific, Perth pada 3 September 2011 bersamaan dengan 4 Syawal 1432H, pihak Jabatan Penuntut Malaysia dan Konsulat Malaysia di Perth telah memberi penghargaan khas di atas pencapaian cemerlang beliau yg secara langsung menaikkan nama Malaysia di persada dunia khususnya di Australia ini. YAB PM telah menyampaikan sijil penghargaan kepada beliau dalam majlis tersebut. Sekalung tahniah dari seluruh pimpinan dan warga MyPSA WA untuk saudari Wahiza. Semoga kecemerlangan beliau menjadi inspirasi bagi pelajar-pelajar lain. 

Klik sini untuk pautan gambar majlis.

Sekian, terima kasih.


MyPSA-WA 2011/2012

No comments:

Post a Comment