Thursday 26 May 2011

MyPSA Golf Day 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kejohanan golf 'MyPSA WA Golf Day 2011' telah berjaya diadakan dengan jayanya pada 22 Mei, 2011 yang lepas bertempat di Burswood Park Golf Course. Sebanyak 11 flight  yang melibatkan peserta seramai 43 orang telah bertanding bagi merebut hadiah yang dibahagikan kepada Divisyen Satu(1) dan Divisyen Dua(2). Kejohanan ini turut disertai oleh En.Rudy Adrie Idris (Konsul/Education Atache ,Education Malaysia Australia, Perth) yang merupakan tetamu jemputan pada kejohanan golf yang julung kali diadakan oleh MyPSA WA. Malah dengan kehadiran Tn.Hj Shukri Hanafiah, Pengarah Tourism, Malaysia Perth turut menyerikan lagi kejohanan ini.

Kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan AJK yang terdiri daripada Sdr Isharudin Md.Isa, Sdr Abd Razak Khalid, Sdr Sazali, Sdr Kamarudin MohdTop, Sdr Reduwan Osman, Sdr Mansor (MGA), Sdr Zawawi Ab Rahim, Sdr Mohamad Fadzil Omar, Sdr Ahmad Hisham, Sdr Hilwani Shahimi yang telah banyak membantu menjayakan kejohanan ini. Tidak lupa juga kepada Presiden MyPSA WA, Pn Salmah Abdul Aziz  termasuk excos yang memberikan sokongan dan keyakinan kepada Biro Sukan dan Rekreasi untuk menganjurkan kejohanan golf ini.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penaja yang menaja hadiah dan baucer termasuklah En Rudy Adrie (EMAP), Tn Hj Shukri Hanafiah (Tourism Malaysia,Perth), Pn Hamidah Ashari (Konsulat General Malaysia,Perth) , Malaysian Golf Association, Perth (MGA), Sdr Joe Rockingham, Sdr Isharudin Md Isa, Sdr Reduwan Osman, Sdr Ahmad Hisham, Sdr Ariff Abu Bakar, Restoran Mahsuri dan Restoran Makan-Makan.

Untuk makluman semua, barisan pemain golf daripada MyPSA WA terdiri daripada Sdr Isharudin Md Isa, Sdr Abd Razak Khalid, Sdr Mohd Afzanizam, Sdr Mohd.Shuhainizam, Sdr Azhar Hussin, Sdr Abd Shahid, Sdr Ahmad Hisham, Sdr Mohd.Zaiham, Sdr Ahmad Saifunazif, Sdr Md Ashari dan Sdr Mohamad Fadzil.

Sebanyak  20 hadiah termasuk medal disediakan kepada pemenang  bagi setiap divisyen iaitu pemenang tempat pertama (champion) hingga tempat ke-10. Berikut keputusan penuh bagi setiap divisyen yang dipertandingkan.

Divisyen Satu
1.T J Lim (Champion)
2.Isharudin Md Isa (MyPSA)
3.Qashidy Abdullah
4.Moh Noh
5.Chris Pereira
6.Ahmad Saifunazif (MyPSA)
7.Kamarudin
8.Sazali
9.Abd Razak Khalid (MyPSA)
10.Mohd Zaiham (MyPSA)

Divisyen Dua
1.Eddy Gan (Champion)
2.Joe Rockingham
3.Cedric D'Rozario
4.Karl Carter
5.Shaffiee Kawi
6.Paul Thompson
7.Rizal Hassan
8.Tn Hj Shukri Hanafiah
9.Sam Basri
10.Nuzul Yusof


Bagi kategori hadiah novelty, long drive lubang no.1, pemenang En Eddy Gan, lubang no.10, pemenang sdr. Ariff Abu Bakar. Bagi nearest to pin , lubang no.2, pemenang sdr.Mohd Zaiham, manakala lubang no.11, pemenang Tn Hj Shukri Hanafiah. Tidak ketinggalan juga, pihak penganjur  ada menyediakan hadiah berupa cabutan bertuah kepada peserta kejohanan.

Pihak penganjur juga ingin mengucapkan 'selamat pulang for good' kepada pemain golf daripada MyPSA WA iaitu sdr.Abd Razak Khalid dan sdr. Ab Rasid Jusoh. Jasa dan sumbangan anda memartabatkan sukan golf di kalangan pelajar dan turist di Perth, WA amatlah kami hargai.

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang! Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa. Jadikan kejohanan ini sebagai platform' untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi prestasi supaya dapat menjadi juara pada masa akan datang. Adalah diharapkan dengan sokongan dan dorongan daripada Tuan/Puan, kejohanan sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang, inshaallah. Kami pihak penganjur memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam menjayakan kejohanan golf  'MyPSA WA Golf Day 2011'.

Klik sini untuk pautan ke album gambar kejohanan. (kredit : Saudara Zawawi)

'MAJULAH SUKAN GOLF UNTUK NEGARA'

Mohd.Afzanizam Yahaya
Biro Sukan dan Rekreasi
MyPSA WA 2011/2012

Thursday 5 May 2011

MyPSA-WA Golf Day

MyPSA-WA Golf Day

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Dear  MyPSA Members/all golf players,

MyPSA-WA 2011/2012 akan menganjurkan pertandingan MyPSA WA Golf Day. Berikut merupakan info berkenaan pertandingan ini:

Tarikh : 22 Mei 2011
Masa   : 8.30 A.M
Tempat : Burswood Golf Park
Format : System 36 (handicap on the day)
Yuran  : AUD65 sahaja (termasuk green fee, buggy fee, lunch, prizes)


Sila lakukan pemindahan wang ke akaun Mohd Afzanizam sebelum/pada 15 Mei 2011:

Bsb no : 016 484
Account No: 552 386 714
Bank: ANZ Bank
Name : Mohd Afzanizam Yahaya


 Mohon para peserta untuk memberikan Nama peserta dan Nombor Telefon anda kepada Mohd Afzanizam (0422012060 / nizam14933@yahoo.com.my).


Berikut merupakan Tentatif Program:

7.45 A.M     Pendaftaran
8.15 A.M     Makluman dan Penggambaran berkumpulan
8.30 A.M     Tee Off
1.00 P.M     Penyampaian Hadiah dan Makan Tengahari



Hubungi Mohd Afzanizam Yahaya 0422012060 or  email: nizam14933@yahoo.com.my untuk sebarang maklumat lanjut.


Mohd Afzanizam Yahaya
Biro Sukan & Rekreasi
MyPSA-WA 2011/12

ACS Siri 1 2011/2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Tuan/Puan Warga MyPSA-WA,

'Academic Coffee Session' Kembali Lagi!

Sukacita dimaklumkan bahawa MyPSA-WA (Sesi 2011/2012) akan menganjurkan beberapa siri 'Academic Coffee Session'. Siri pertama akan diadakan seperti butiran berikut:

            Cadangan tarikh: 28 Mei 2011 (Sabtu)
            Cadangan masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
            Cadangan lokasi : Sekitar Curtin University
            Cadangan bilangan pembentang: 3 orang
            Cadangan tempoh pembentangan: 20 minit + 10 minit (sesi soal jawab)


Sehubungan dengan itu, saya amatlah berbesar hati ingin menjemput/mempelawa tuan/puan untuk menjadi pembentang pada sesi tersebut. Sesiapa yang berminat boleh memberikan NAMA & TAJUK PEMBENTANGAN kepada saya melalui emel (mazniza.sairibinti@student.curtin.edu.au atau masniza@mardi.gov.my), sebelum atau pada 11 Mei 2011 (Rabu).

Terima kasih atas kerjasama semua. Sekian.

Masniza binti Sairi
Biro Pendidikan
MyPSA-WA (Sesi 2011/2012)

Sunday 1 May 2011

Nota Penjelasan Berhubung Status Memangku Ahli Majlis Pimpinan Ekskutif (MPE) MyPSA-WA 2011/2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Berikutan pengumuman mengenai perlantikan barisan exco baru MyPSA-WA sesi 2011/2012 (rujuk emel bertarikh 11/04/2011), terdapat beberapa kekeliruan mengenai status exco yang menduduki Majlis Pimpinan Eksekutif (MPE). Dengan segala hormatnya saya ingin membuat penjelasan seperti berikut:

1.    Setelah dipilih menerusi Mesyuarat Agung Tahunan  (AGM) MyPSA-WA yang berlangsung pada 26 Mac 2011, kesemua empat orang ahli MPE telah bermesyuarat dan bersetuju dengan jawatan masing-masing serta telah melantik beberapa orang ahli MyPSA-WA sebagai exco bagi membantu MPE melaksanakan aktiviti MyPSA-WA. Pengumuman barisan baru ini tidak dibuat kerana menunggu mesyuarat penuh exco diadakan.


2.    Walau bagaimanapun, menjelang mesyuarat penuh 1/2011 exco MyPSA-WA 2011/2012, 3 orang ahli MPE (Timbalan Presiden, Setiausaha & Bendahari) telah meletak jawatan secara berasingan dan tanpa dirancang berikutan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan seperti campur tangan penyelia akademik, penyesuaian persekitaran baru dan lain-lain lagi yang bersifat peribadi.


3.    Merujuk kepada klausa 5.3 (ii) “If any members of the committee other than the President resigns the committee can nominate any member of the committee to hold that vacant position until a Special General Meeting is called to fill that vacancy”  maka mesyuarat exco pada 9 Mac 2011 telah membuat keputusan iaitu jawatan-jawatan berikut adalah diamanahkan kepada exco lain di dalam barisan kepimpinan baru MYPSA-WA dengan status memangku:

Timbalan Presiden: Mohamad Fadzil Omar (memangku)
Setiausaha: Zainun Mohd Shafie (memangku)
Bendahari: Yusni Hassan (memangku)



Sehubungan itu sedikit rombakan telah berlaku di mana beberapa exco baru telah dilantik.


4.    Di samping itu, perlantikan pasangan pelajar bagi memangku  jawatan -jawatan MPE yang dikosongkan itu juga dibuat berdasarkan klausa 5.1 (ii) “A Committee member of MyPSA who is not a postgraduate student may be allowed to hold appointed position only if elected by the Committee”. Sebagai makluman, pihak kami ada menghubungi beberapa orang ahli MyPSA-WA untuk memegang jawatan exco tetapi dukacita mereka menolak dengan beberapa alasan yang sangat kami hormati. Kita faham bahwa jawatan ini dipikul secara sukarela justeru ahli yang komited dan sanggup menginfaqkan masa, tenaga dan sedikit perbelanjaan untuk sama-sama melaksanakan program yang bermanfaat  kepada seluruh warga pasca siswazah dan keluarga di Perth khususnya ahli MyPSA-WA amatlah dialu-alukan.


Sekian terima kasih.



Salmah Abdul Aziz
Presiden
MyPSA-WA 2011/2012