Sunday 1 May 2011

Nota Penjelasan Berhubung Status Memangku Ahli Majlis Pimpinan Ekskutif (MPE) MyPSA-WA 2011/2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Berikutan pengumuman mengenai perlantikan barisan exco baru MyPSA-WA sesi 2011/2012 (rujuk emel bertarikh 11/04/2011), terdapat beberapa kekeliruan mengenai status exco yang menduduki Majlis Pimpinan Eksekutif (MPE). Dengan segala hormatnya saya ingin membuat penjelasan seperti berikut:

1.    Setelah dipilih menerusi Mesyuarat Agung Tahunan  (AGM) MyPSA-WA yang berlangsung pada 26 Mac 2011, kesemua empat orang ahli MPE telah bermesyuarat dan bersetuju dengan jawatan masing-masing serta telah melantik beberapa orang ahli MyPSA-WA sebagai exco bagi membantu MPE melaksanakan aktiviti MyPSA-WA. Pengumuman barisan baru ini tidak dibuat kerana menunggu mesyuarat penuh exco diadakan.


2.    Walau bagaimanapun, menjelang mesyuarat penuh 1/2011 exco MyPSA-WA 2011/2012, 3 orang ahli MPE (Timbalan Presiden, Setiausaha & Bendahari) telah meletak jawatan secara berasingan dan tanpa dirancang berikutan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan seperti campur tangan penyelia akademik, penyesuaian persekitaran baru dan lain-lain lagi yang bersifat peribadi.


3.    Merujuk kepada klausa 5.3 (ii) “If any members of the committee other than the President resigns the committee can nominate any member of the committee to hold that vacant position until a Special General Meeting is called to fill that vacancy”  maka mesyuarat exco pada 9 Mac 2011 telah membuat keputusan iaitu jawatan-jawatan berikut adalah diamanahkan kepada exco lain di dalam barisan kepimpinan baru MYPSA-WA dengan status memangku:

Timbalan Presiden: Mohamad Fadzil Omar (memangku)
Setiausaha: Zainun Mohd Shafie (memangku)
Bendahari: Yusni Hassan (memangku)



Sehubungan itu sedikit rombakan telah berlaku di mana beberapa exco baru telah dilantik.


4.    Di samping itu, perlantikan pasangan pelajar bagi memangku  jawatan -jawatan MPE yang dikosongkan itu juga dibuat berdasarkan klausa 5.1 (ii) “A Committee member of MyPSA who is not a postgraduate student may be allowed to hold appointed position only if elected by the Committee”. Sebagai makluman, pihak kami ada menghubungi beberapa orang ahli MyPSA-WA untuk memegang jawatan exco tetapi dukacita mereka menolak dengan beberapa alasan yang sangat kami hormati. Kita faham bahwa jawatan ini dipikul secara sukarela justeru ahli yang komited dan sanggup menginfaqkan masa, tenaga dan sedikit perbelanjaan untuk sama-sama melaksanakan program yang bermanfaat  kepada seluruh warga pasca siswazah dan keluarga di Perth khususnya ahli MyPSA-WA amatlah dialu-alukan.


Sekian terima kasih.



Salmah Abdul Aziz
Presiden
MyPSA-WA 2011/2012

No comments:

Post a Comment