MyPSA WA merupakan satu persatuan yang ditubuhkan bertujuan menjaga kebajikan, memastikan kecemerlangan akademik serta memupuk semangat kekeluargaan dikalangan ahli persatuan. Persatuan pelajar ini disertai oleh pelajar-pelajar Malaysia (Pascasiswazah) yang sedang menuntut di universiti-universiti sekitar Western Australia (WA), Australia.
Tuesday, 14 June 2011
Saturday, 11 June 2011
ACS Siri 1 2011/2012
Academic Coffee Session (ACS) (Siri 1, 2011/2012) telah berjaya diadakan pada 28 Mei 2011 yang lalu, bertempat di Brodie Hall, Technology Park, Bentley. ACS kali ini menerima jumlah kehadiran yang baik daripada warga MyPSA-WA di mana seramai 35 orang (pembentang dan peserta) telah menghadiri sesi ini. Program bermula jam 9.45 pagi dengan dipengerusikan oleh Saudara Sharunizam Shari (Mantan Presiden MyPSA-WA, 2010/2011). Ucapan aluan Presiden MyPSA-WA (2011/2012), Saudari Salmah Ab. Aziz membuka tirai program diikuti dengan bacaan doa daripada Exco Kerohanian, Saudara Sofian Hussain.
Sesi pembentangan dimulakan oleh Saudara Ahmad Hisham Zainal Abidin dari Murdoch University dengan projek bertajuk Eliciting Mental Model of Blind People for Web Page. Seterusnya adalah pembentangan bertajuk Try, Trial and Testing daripada Saudara Muhd Ibrahim Muhamad Damanhuri (Curtin University). Pembentang ketiga adalah Saudari Nurul Hanim Md Romainoor (Curtin University) dengan projek bertajuk Art as a medium to reduce social exclusion for adult with down syndrome.
Sesi pembentangan diakhiri dengan pembentangan khas/jemputan daripada Saudari Raja Adzrin Raja Ahmad daripada Curtin University yang baharu sahaja menamatkan pengajian PhD beliau dan menerima gelaran Doktor (Dr.). Beliau telah sudi berkongsi tips dan pengalaman bagaimana untuk menyelesaikan pengajian PhD dalam tempoh kurang daripada 3 tahun. Tahniah diucapkan kepada beliau daripada seluruh warga MyPSA-WA.
Terima kasih diucapkan kepada semua pembentang yang telah sudi berkongsi ilmu berkaitan projek penyelidikan masing-masing. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua peserta lain yang telah turut sama berkongsi idea/pandangan dalam menambahbaik projek yang dibentangkan. Terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menyediakan juadah/hidangan (konsep potluck) yang enak untuk dinikmati semasa program. Menu utama iaitu mee goreng dan air teh-o telah disediakan oleh pihak MyPSA-WA.
Program ACS tamat pada jam 1.05 tengahari. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada seluruh barisan pimpinan dan exco MyPSA-WA (2011/2012) yang telah membantu menjayakan program ini. Semoga siri ACS dan aktiviti MyPSA-WA di masa hadapan akan menerima kerjasama yang baik daripada semua warganya.
Pautan ke album gambar: klik sini.

Laporan disediakan oleh,
Masniza binti Sairi
Exco Pendidikan MyPSA-WA (2011/2012)
Thursday, 26 May 2011
MyPSA Golf Day 2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kejohanan golf 'MyPSA WA Golf Day 2011' telah berjaya diadakan dengan jayanya pada 22 Mei, 2011 yang lepas bertempat di Burswood Park Golf Course. Sebanyak 11 flight yang melibatkan peserta seramai 43 orang telah bertanding bagi merebut hadiah yang dibahagikan kepada Divisyen Satu(1) dan Divisyen Dua(2). Kejohanan ini turut disertai oleh En.Rudy Adrie Idris (Konsul/Education Atache ,Education Malaysia Australia, Perth) yang merupakan tetamu jemputan pada kejohanan golf yang julung kali diadakan oleh MyPSA WA. Malah dengan kehadiran Tn.Hj Shukri Hanafiah, Pengarah Tourism, Malaysia Perth turut menyerikan lagi kejohanan ini.
Kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan AJK yang terdiri daripada Sdr Isharudin Md.Isa, Sdr Abd Razak Khalid, Sdr Sazali, Sdr Kamarudin MohdTop, Sdr Reduwan Osman, Sdr Mansor (MGA), Sdr Zawawi Ab Rahim, Sdr Mohamad Fadzil Omar, Sdr Ahmad Hisham, Sdr Hilwani Shahimi yang telah banyak membantu menjayakan kejohanan ini. Tidak lupa juga kepada Presiden MyPSA WA, Pn Salmah Abdul Aziz termasuk excos yang memberikan sokongan dan keyakinan kepada Biro Sukan dan Rekreasi untuk menganjurkan kejohanan golf ini.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak penaja yang menaja hadiah dan baucer termasuklah En Rudy Adrie (EMAP), Tn Hj Shukri Hanafiah (Tourism Malaysia,Perth), Pn Hamidah Ashari (Konsulat General Malaysia,Perth) , Malaysian Golf Association, Perth (MGA), Sdr Joe Rockingham, Sdr Isharudin Md Isa, Sdr Reduwan Osman, Sdr Ahmad Hisham, Sdr Ariff Abu Bakar, Restoran Mahsuri dan Restoran Makan-Makan.
Untuk makluman semua, barisan pemain golf daripada MyPSA WA terdiri daripada Sdr Isharudin Md Isa, Sdr Abd Razak Khalid, Sdr Mohd Afzanizam, Sdr Mohd.Shuhainizam, Sdr Azhar Hussin, Sdr Abd Shahid, Sdr Ahmad Hisham, Sdr Mohd.Zaiham, Sdr Ahmad Saifunazif, Sdr Md Ashari dan Sdr Mohamad Fadzil.
Sebanyak 20 hadiah termasuk medal disediakan kepada pemenang bagi setiap divisyen iaitu pemenang tempat pertama (champion) hingga tempat ke-10. Berikut keputusan penuh bagi setiap divisyen yang dipertandingkan.
Divisyen Satu
1.T J Lim (Champion)
2.Isharudin Md Isa (MyPSA)
3.Qashidy Abdullah
4.Moh Noh
5.Chris Pereira
6.Ahmad Saifunazif (MyPSA)
7.Kamarudin
8.Sazali
9.Abd Razak Khalid (MyPSA)
10.Mohd Zaiham (MyPSA)
Divisyen Dua
1.Eddy Gan (Champion)
2.Joe Rockingham
3.Cedric D'Rozario
4.Karl Carter
5.Shaffiee Kawi
6.Paul Thompson
7.Rizal Hassan
8.Tn Hj Shukri Hanafiah
9.Sam Basri
10.Nuzul Yusof

Bagi kategori hadiah novelty, long drive lubang no.1, pemenang En Eddy Gan, lubang no.10, pemenang sdr. Ariff Abu Bakar. Bagi nearest to pin , lubang no.2, pemenang sdr.Mohd Zaiham, manakala lubang no.11, pemenang Tn Hj Shukri Hanafiah. Tidak ketinggalan juga, pihak penganjur ada menyediakan hadiah berupa cabutan bertuah kepada peserta kejohanan.
Pihak penganjur juga ingin mengucapkan 'selamat pulang for good' kepada pemain golf daripada MyPSA WA iaitu sdr.Abd Razak Khalid dan sdr. Ab Rasid Jusoh. Jasa dan sumbangan anda memartabatkan sukan golf di kalangan pelajar dan turist di Perth, WA amatlah kami hargai.

Syabas dan tahniah kepada semua pemenang! Kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa. Jadikan kejohanan ini sebagai platform' untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi prestasi supaya dapat menjadi juara pada masa akan datang. Adalah diharapkan dengan sokongan dan dorongan daripada Tuan/Puan, kejohanan sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang, inshaallah. Kami pihak penganjur memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam menjayakan kejohanan golf 'MyPSA WA Golf Day 2011'.
Klik sini untuk pautan ke album gambar kejohanan. (kredit : Saudara Zawawi)
'MAJULAH SUKAN GOLF UNTUK NEGARA'
Mohd.Afzanizam Yahaya
Biro Sukan dan Rekreasi
MyPSA WA 2011/2012
Tuesday, 24 May 2011
Tuesday, 17 May 2011
Thursday, 5 May 2011
MyPSA-WA Golf Day
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Dear MyPSA Members/all golf players,
MyPSA-WA 2011/2012 akan menganjurkan pertandingan MyPSA WA Golf Day. Berikut merupakan info berkenaan pertandingan ini:
Tarikh : 22 Mei 2011
Masa : 8.30 A.M
Tempat : Burswood Golf Park
Format : System 36 (handicap on the day)
Yuran : AUD65 sahaja (termasuk green fee, buggy fee, lunch, prizes)
Sila lakukan pemindahan wang ke akaun Mohd Afzanizam sebelum/pada 15 Mei 2011:
Bsb no : 016 484
Account No: 552 386 714
Bank: ANZ Bank
Name : Mohd Afzanizam Yahaya
Mohon para peserta untuk memberikan Nama peserta dan Nombor Telefon anda kepada Mohd Afzanizam (0422012060 / nizam14933@yahoo.com.my).
Berikut merupakan Tentatif Program:
7.45 A.M Pendaftaran
8.15 A.M Makluman dan Penggambaran berkumpulan
8.30 A.M Tee Off
1.00 P.M Penyampaian Hadiah dan Makan Tengahari
Hubungi Mohd Afzanizam Yahaya 0422012060 or email: nizam14933@yahoo.com.my untuk sebarang maklumat lanjut.
Mohd Afzanizam Yahaya
Biro Sukan & Rekreasi
MyPSA-WA 2011/12

Subscribe to:
Posts (Atom)