BORANG RESIDEN DEWAN MALAYSIA PERTH (DMP)
Bersyukur
kita ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, akhirnya impian
pelajar pelajar kita di Western Australia tercapai untuk memiliki DMP.
Alhamdulilah dan syabas kepada semua pelajar pelajar yang tidak putus
putus mendoakan dan berjuang untuk mendapatkan DMP ini. Perjuangan ini
bermula pada 8 Ogos 2009 lagi yang mana suara suara pelajar yang
terdahulu telah sampai ke pengetahuan YAB Timbalan Perdana Menteri dan
YAB telah meminta pihak Kemeterian Pengajian Tinggi (ketika itu) untuk
mengkaji dan menilai keperluan cadangan penubuhan DMP ini. Suara suara
ini juga diteruskan bagi memastikan kewujudan DMP releven dengan
kebajikan dan keperluan pelajar disini. Kewujudan MSD Perth (kini
dikenali sebagai EMAP) pada 16 Mei 2010 telah membuktikan kerajaan amat
serius bagi memastikan kebajikan dan keperluan pelajar pelajar disini di
pelihara dan diutamakan. Ketika lawatan YB Dato' Seri Mohamed Khaled
Nordin (Menteri KPT ketika itu) melawat EMAP pada 12-14 Nov 2012, YB
Dato' Seri telah mengumumkan pengesahan pembelian DMP melalui
perbentangan budget 2013. Terdapat lebih daripada 15 lokasi cadangan
dari pelbagai agensi dan syarikat dimajukan kepada pihak pembangunan KPT
untuk disenarai dan dikaji. Kajian merangkumi aspek keperluan pelajar,
jarak lokasi berhampiran 5 universiti utama, politeknik dan TAFE, laluan
utama pengangkutan (berhampiran dalam CAT servis – bas percuma sekitar
bandaraya), nilai aset bangunan dll.
Pelbagai cabaran dilalui
namun atas perjuangan dan doa pelajar pelajar semua, akhirnya
'Underground Backpackers' sah menjadi DMP setelah Tuan Yang Terutama
Dato' Zainal Abidin Ahmad ( Persuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia)
menandatangani perjanjian jualbeli bangunan tersebut pada 16 Dis 2013.
Kini DMP dalam proses transformasi daripada bangunan backpackers kepada
Dewan Malaysia. BHEPP dan EMAP telah diamanahkan untuk memastikan
pengoperasian DMP berjalan dengan lancar dan teratur. Oleh yang
demikian, pelbagai program dan perancangan telah diatur bagi memastikan
pengoperasian dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. EMAP juga
dalam proses mengenalpasti keperluan semasa termasuk pengurusan dan
pentadbiran di dalam DMP nanti. Maka pada peringkat pertama ini, pihak
EMA mengalu alukan, mana mana pelajar yang berminat untuk menjadi
residen DMP mengisi borang DMP dan dimajukan kepada pihak EMAP untuk
diproses. Pihak EMAP akan memaklumkan secara email jawapan kelulusan
tersebut. Dengan ini, pihak EMAP sertakan borang permohonan residen
untuk tindakkan semua persatuan pelajar.
Sekian. Terima kasih
"PANTAS TEPAT DAN INTEGRITI"
"1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
Saya yang menurut perintah,
Rudy Adrie Idris
Education Attache
Education Malaysia Australia Perth (EMAP)
Consulate General Of Malaysia
252 Adelaide Terrace
Perth WA 6000
Australia
*Kepada ahli MyPSA yang berminat menjadi residen Malaysia Hall sila isi borang di laman web facebook MyPSA dan hantar kepada ahmad.jazlan09@gmail.com.. Permohonan akan dimajukan ke pihak EMAP.. Keutamaan - 1) Ahli-ahli yang aktif menyumbang dalam persatuan pelajar, 2) Pelajar Malaysia & keluarga yang baru sampai (belum ada penempatan) dan pelajar yang akan pulang ke tanah air (break lease).
No comments:
Post a Comment