Dalam beberapa hari ini, keadaan cuaca di Western Australia tidak
menentu dengan suhu kadang kadang mencecah 44C. Pihak EMAP ingin
menasihati semua pelajar yang tidak pulang ke tanah air agar lebih
berhati-hati ketika melaksanakan program masing masing sepanjang cuti
semester ini. Pihak EMAP menggalakkan pelajar pelajar untuk memaklumkan
kepada pihak kami kiranya pelajar pelajar ingin keluar daerah melebihi
100km dari titik pusat Perth. Ini bagi memudahkan pihak kami memberi
bantuan kecemasan kiranya ada.
Pihak EMAP juga ingin menasihati
semua pelajar untuk membaca semula SOP bencana yang telah diberikan
semasa awal semester untuk tujuan rujukan. Detailkan kepada bab 3.3
seperti beikut :-
3.3 KEBAKARAN / KEBAKARAN HUTAN
Langkah-langkah apabila berlaku kebakaran
1) Jangan panik.
2) Bunyikan penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah.
Selamatkan diri anda dan rakan/keluarga melalui jalan keluar yang sedia
ada atau yang telah ditetapkan.
3) Hubungi balai bomba dan berikan butir-butir lengkap dan tepat mengenai lokasi rumah anda.
4) Matikan semua punca letrik dan gas.
5) Sementara menanti ketibaan bomba, cuba padamkan api dengan alat pemadam api. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda.
6) Cari/tuju ke arah jalan keluar yang selamat. Pastikan anda telah
mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk
menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.
7) Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.
8) Perkara yang sentiasa perlu dilakukan dan diberi perhatian :
a) Bincangkan Pelan Menyelamatkan Diri dengan rakan-rakan serumah. Anda
harus mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan anda mengenai pelan
menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan semua rakan
serumah anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku
kebakaran. Adakan fire drill dari masa ke semasa supaya ia sentiasa
dalam ingatan ahli rumah anda.
b) Elakkan daripada mendiami
rumah yang berjeriji terutama pada tingkap dan pintu rumah. Sekiranya
ada, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan
mudah.
c) Pastikan anak kunci mudah diambil. Setiap ahli rumah
mesti tahu tempat penyimpanan anak kunci pintu atau jeriji. Jangan
mengubah tempat menyimpan anak kunci tanpa pengetahuan ahli rumah yang
lain.
d) Pastikan sekurang-kurangnya ada satu alat pengesan
asap (Smoke Detector). yang dipasang di dalam rumah dan sentiasa
berfungsi.
Sekiranya pihak pelajar kurang faham dan jelas, mohon hubungi pegawai EMAP menerusi talian tertera dibawah.
Pihak EMAP juga menggalakkan pelajar untuk membuat persediaan awal seperti berikut:
PERSEDIAAN AWAL
i. Mendapatkan no telefon pihak-pihak berkuasa tempatan seperti Polis,
tentera, imigresen, hospital dan nombor telefon kakitangan Education
Malaysia serta Konsulat Jeneral Malaysia di Perth.
ii. Menyediakan
checklist barang-barang yang perlu dibawa sekiranya berlaku bencana
alam. Contoh setiap individu perlu ada satu bag kecil untuk membawa
passport, tuala, alatan mandi dan kesihatan dan lain-lain. Bag ini
hendaklah sentiasa bersedia untuk dibawa sekiranya mendapat amaran untuk
evakuasi.
iii. Menyediakan peralatan asas seperti peti kecemasan, lampu picit, kasut getah, ubat nyamuk, mancis dan sebagainya.
Iv. Pastikan data data penyelidikan dibuat pendua (backup) dan disimpan dibeberapa tempat yang selamat.
LANGKAH-LANGKAH SEMASA BENCANA.
i. Sentiasa peka kepada berita-berita dari media massa, panggilan
telefon, sms atau arahan daripada pihak berkuasa untuk berpindah.
ii.Menghubungi segera Education Malaysia atau kakitangan Konsulat.
Iii.Menghubungi semua pelajar setempat agar berkumpul di tempat yang telah dikenal pasti.
Nombor Nombor Yang perlu diketahui :-
Bureau of Meteorology
In addition to the web services the Bureau issues phone and fax information services.
Automated Telephone Messages: Cyclone Advices (Watch/Warning):
WA: 1300 659 210
Weather-by-Fax: Directory pages (poll fax):
WA: 1902 935 297
Emergency services agencies
Emergency Management Australia: www.ema.gov.au
Fire & EmergencyServices Authority of Western Australia (FESA) : 132 500
Western Australia Police : 131 444
Ambulance St John : 1300 360 455
MyPSA WA merupakan satu persatuan yang ditubuhkan bertujuan menjaga kebajikan, memastikan kecemerlangan akademik serta memupuk semangat kekeluargaan dikalangan ahli persatuan. Persatuan pelajar ini disertai oleh pelajar-pelajar Malaysia (Pascasiswazah) yang sedang menuntut di universiti-universiti sekitar Western Australia (WA), Australia.
Sunday, 12 January 2014
Thursday, 2 January 2014
BORANG RESIDEN DEWAN MALAYSIA PERTH (DMP)
Bersyukur
kita ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, akhirnya impian
pelajar pelajar kita di Western Australia tercapai untuk memiliki DMP.
Alhamdulilah dan syabas kepada semua pelajar pelajar yang tidak putus
putus mendoakan dan berjuang untuk mendapatkan DMP ini. Perjuangan ini
bermula pada 8 Ogos 2009 lagi yang mana suara suara pelajar yang
terdahulu telah sampai ke pengetahuan YAB Timbalan Perdana Menteri dan
YAB telah meminta pihak Kemeterian Pengajian Tinggi (ketika itu) untuk
mengkaji dan menilai keperluan cadangan penubuhan DMP ini. Suara suara
ini juga diteruskan bagi memastikan kewujudan DMP releven dengan
kebajikan dan keperluan pelajar disini. Kewujudan MSD Perth (kini
dikenali sebagai EMAP) pada 16 Mei 2010 telah membuktikan kerajaan amat
serius bagi memastikan kebajikan dan keperluan pelajar pelajar disini di
pelihara dan diutamakan. Ketika lawatan YB Dato' Seri Mohamed Khaled
Nordin (Menteri KPT ketika itu) melawat EMAP pada 12-14 Nov 2012, YB
Dato' Seri telah mengumumkan pengesahan pembelian DMP melalui
perbentangan budget 2013. Terdapat lebih daripada 15 lokasi cadangan
dari pelbagai agensi dan syarikat dimajukan kepada pihak pembangunan KPT
untuk disenarai dan dikaji. Kajian merangkumi aspek keperluan pelajar,
jarak lokasi berhampiran 5 universiti utama, politeknik dan TAFE, laluan
utama pengangkutan (berhampiran dalam CAT servis – bas percuma sekitar
bandaraya), nilai aset bangunan dll.
Pelbagai cabaran dilalui
namun atas perjuangan dan doa pelajar pelajar semua, akhirnya
'Underground Backpackers' sah menjadi DMP setelah Tuan Yang Terutama
Dato' Zainal Abidin Ahmad ( Persuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia)
menandatangani perjanjian jualbeli bangunan tersebut pada 16 Dis 2013.
Kini DMP dalam proses transformasi daripada bangunan backpackers kepada
Dewan Malaysia. BHEPP dan EMAP telah diamanahkan untuk memastikan
pengoperasian DMP berjalan dengan lancar dan teratur. Oleh yang
demikian, pelbagai program dan perancangan telah diatur bagi memastikan
pengoperasian dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. EMAP juga
dalam proses mengenalpasti keperluan semasa termasuk pengurusan dan
pentadbiran di dalam DMP nanti. Maka pada peringkat pertama ini, pihak
EMA mengalu alukan, mana mana pelajar yang berminat untuk menjadi
residen DMP mengisi borang DMP dan dimajukan kepada pihak EMAP untuk
diproses. Pihak EMAP akan memaklumkan secara email jawapan kelulusan
tersebut. Dengan ini, pihak EMAP sertakan borang permohonan residen
untuk tindakkan semua persatuan pelajar.
Sekian. Terima kasih
"PANTAS TEPAT DAN INTEGRITI"
"1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
Saya yang menurut perintah,
Rudy Adrie Idris
Education Attache
Education Malaysia Australia Perth (EMAP)
Consulate General Of Malaysia
252 Adelaide Terrace
Perth WA 6000
Australia
*Kepada ahli MyPSA yang berminat menjadi residen Malaysia Hall sila isi borang di laman web facebook MyPSA dan hantar kepada ahmad.jazlan09@gmail.com.. Permohonan akan dimajukan ke pihak EMAP.. Keutamaan - 1) Ahli-ahli yang aktif menyumbang dalam persatuan pelajar, 2) Pelajar Malaysia & keluarga yang baru sampai (belum ada penempatan) dan pelajar yang akan pulang ke tanah air (break lease).
Subscribe to:
Posts (Atom)