Thursday 27 October 2011

Program Rakan Basikal 1Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kepada ahli MyPSA WA,

Dipanjangkan jemputan daripada Kelab Umno Western Australia untuk saudara/saudari bagi Program Rakan Basikal 1Malaysia yang akan dijalankan pada 30 Oktober 2011 (Ahad). Maklumat program adalah seperti yang tertera di bawah. 

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab UMNO Western Australia dengan kerjasama MASCA WA dan MyPSA WA akan menganjurkan Program Rakan Basikal 1Malaysia. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh : 30 Oktober 2011 (Ahad)
Masa : 11.00 - 4.00 ptg


Disertakan tentatif program seperti di bawah:
 
  • 11.00 Berkumpul di parking Trinity College 
  • 11.15 Bergerak ke Aboutbikehire di Causeway 
  • 11.30 Taklimat Chef De Mission dan Marsyal 
  •           Sesi regangan
  • 12.00 Peserta mengambil basikal dan peralatan yang disediakan
  • 12.15 Mula berbasikal (Peserta akan berbasikal sejauh 10km mengelilingi Riverside
  • 1.15 Dijangka akan tiba di area Burswood Park. 
  •         Lintas hormat oleh peserta berbasikal.
  •         Penyerahan bendera Malaysia oleh wakil Rakan Basikal 1Malaysia kepada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia 
  •         Semua peserta berkumpul di park untuk sesi bergambar dan makan 
  • 3.00 Peserta bergerak pulang untuk mengembalikan basikal
Sehubungan dengan itu, pihak penganjur amat berbesar hati mengalu-alukan penyertaan tuan/puan dan ahli-ahli persatuan untuk memeriahkan program ini. Program ini dibuka kepada 54 rakyat Malaysia di Perth untuk berbasikal dengan kadar segera. Kepada yang mempunyai basikal sendiri, boleh menggunakannya manakala yang tidak mempunyai basikal sendiri, pihak penganjur akan menyewakan untuk peserta. Penyertaan adalah berdasarkan konsep "Siapa cepat, dia dapat". Kepada yang berminat sila berikan nama, no telefon dan maklumat samada memerlukan basikal sewaan atau tidak. Sila email maklumat tersebut kepada ahmadhisham@umnoperth.com selewat-lewatnya pada 27 Oktober 2011 (Khamis) sebelum 4 petang.

Semoga program yang dirancang ini mendapat kerjasama semua dan berjalan dengan lancar. Mohon jasa baik untuk forward email ini kepada ahli-ahli dan kenalan tuan puan.



Sekian terima kasih.

Farida Hazwani Mohd Ridzuan
Wakil MyPSA-WA

No comments:

Post a Comment