Saturday, 16 April 2011

Tabung Derma Musibah Kesihatan Ibu Mertua Saudara Wan Suffian

Assalamualaikum WBT. & Salam Sejahtera,

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu mertua kepada Wan Suffian Wan Mustafa (Curtin University) telah mengalami masalah kesihatan (stroke).Dan kini Pn Sharifah Chee Binti Tuanku Ahmad telah ditempatkan di Royal Perth Hospital untuk rawatan lanjut.

Marilah kita mendoakan kesihatan ibu mertua Sdr Wan Suffian kembali pulih dan diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk  keluarga beliau dalam mengharungi dugaan ini.

Justeru, pihak MyPSA-WA telah melancarkan TABUNG DERMA MUSIBAH KESIHATAN IBU MERTUA SDR WAN SUFFIAN dan memohon kepada rakan-rakan yang berkemampuan, bermurah hati untuk menghulurkan sedikit derma ikhlas bagi mengurangkan beban beliau sekeluarga.

Sumbangan juga boleh disalurkan terus kepada Saudara Wan Suffian dan Puan Sharifah Nazimah (No HP : 0432617086) atau melalui transaksi ‘online’ ke Akaun MyPSA-WA, maklumat bank seperti berikut:

Nama Akaun : Malaysian Postgraduate Students Assoc. WA
BSB : 306-065
No. Akaun : 050380-6
Cawangan : BANKWEST Curtin CSC


(Sila nyatakan di ruangan ‘Note’ atau ‘Description' : "MUSIBAH WSUFFIAN")

Sekali lagi, saya mewakili Pimpinan MyPSA-WA Sesi 2011/2012 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu dan semoga Allah SWT. membalas jasa baik rakan-rakan sekalian, InsyaAllah.


Sekian, terima kasih.

"Bersama-sama Kita Kukuhkan MyPSA-WA"


Yang benar,

Zawawi Ab Rahim
Biro Kebajikan
MyPSA-WA Sesi 2011/2012

Majlis Solat Hajat & Bacaan Yassin - Musibah Kesihatan Ibu Mertua Saudara Wan Suffian

Assalamualaikum WBT. & Salam Sejahtera,

Seperti yang kita sedia maklum, bahawa ibu mertua kepada Wan Suffian Wan Mustafa (Curtin University) telah mengalami masalah kesihatan (stroke).Dan kini Pn Sharifah Chee Binti Tuanku Ahmad telah ditempatkan di Royal Perth Hospital untuk rawatan lanjut.

Sehubungan dengan ini, satu majlis bacaan Yassin & Solat Hajat akan diadakan seperti berikut;

Tarikh  :  17 April 2011 (Ahad)
Masa  :  Selepas Solat Isya'
Tempat  :  Musolla Curtin University.


Diharapkan warga MyPSA WA dapat menyertai majlis ini dan bersama-sama memohon agar kesihatan  ibu mertua Sdr Wan Suffian kembali pulih dan diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk keluarga beliau dalam mengharungi dugaan ini.

Sekian, Wassalam,

"Bersama-sama Kita Kukuhkan MyPSA-WA"


Yang benar,

Fadzil Omar
MyPSA-WA Sesi 2011/2012

Monday, 11 April 2011

Tabung Derma Musibah Nadia-Shahid

Assalamualaikum Warahmatullah  & Salam Sejahtera,

Seperti yang dimaklumkan oleh sdr mantan Presiden MyPSA, sebelum ini, rakan seperjuangan kita Pn Nadia (Curtin Univ) telah mengalami gangguan kesihatan semenjak melahirkan bayi ke 2 pada 18/03/11.  Beliau telah mendapat rawatan awal di Royal Perth Hospital sejak malam hari Isnin 04/04/2011.  Alhamdulillah kesihatan agak stabil dan telah dipindahkan ke King Edward Hospital, Subiaco pada tengahari Khamis 07/04/11 untuk rawatan lanjut. Majlis solat hajat telah diadakan di Musolla Curtin Univ selepas Isya’ 04/04/11 yang mana  telah dihadiri oleh ramai sahabat handai (brothers & sisters) dan turut disertai oleh YBhg Pn Hamidah Ashari  (Consulate General Malaysia di Perth). Ini diikuti dengan majlis bacaan Yasin yang diadakan di rumah beliau. Marilah kita terus mendoakan kesihatan Pn Nadia kembali pulih dan dapat membelai putri comel beliau serta doa kita agar Sdr Shahid diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk mengharungi dugaan besar ini. Justeru itu, pihak MyPSA-WA telah melancarkan TABUNG MUSIBAH NADIA-SHAHID bagi memudahkan rakan-rakan menyalurkan sedikit bantuan kepada mereka. Semoga sumbangan ikhlas dan prihatin kita semua akan mendapat ganjaran di sisiNYA. Sumbangan boleh disalurkan melalui transaksi ‘online’ ke akaun MyPSA-WA seperti  maklumat berikut:


Nama Akaun : Malaysian Postgraduate Students Assoc. WA
BSB : 306-065
No. Akaun : 050380-6
Cawangan : BANKWEST Curtin CSC

(Sila nyatakan di ruangan ‘Note’ atau ‘Description' : ‘MUSIBAH NADIA-SHAHID

Sekali lagi, saya mewakili Pimpinan MyPSA-WA Sesi 2011/2012 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang membantu. Semoga usaha murni kita diberkati Allah SWT.

"Bersama-sama Kita Kukuhkan MyPSA-WA"

Yang menjalankan amanah,

MPE MyPSA-WA  2011/2012

Barisan EXCO MyPSA-WA Sesi 2011/2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

1. Pertama sekali saya ucapkan syukur Alhamdulillah kerana telah dipilih menganggotai Majlis Pimpinan Eksekutif (MPE) MyPSA WA untuk sesi 2011/2012 sempena AGM ke 2 MyPSA WA yang telah diadakan pada 26 Mac 2011  yang lalu.

2. Walaubagaimanapun, 3 orang ahli Majlis Pimpinan Eksekutif (MPE) telah menarik diri setelah barisan exco baru dibentuk atas alasan peribadi yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu mesyuarat exco yang telah berlangsung pada 9 April 2011 bersetuju  agar kekosongan jawatan tersebut dipangku oleh exco lain seperti yang terkandung dalam Perlembagaan MyPSA WA iaitu dibawah Bahagian 5: Ahli Jawatan Kuasa & Klausa 5.3:  Perletakan Jawatan.  Berikutan itu, sedikit rombakan biro-biro juga telah dilakukan dengan melantik beberapa orang exco baru.

3. Dengan segala hormatnya saya umumkan barisan exco baru MyPSA WA sesi 2011/2012 seperti pada senarai di bawah.

PRESIDEN : Salmah Abdul Aziz
NAIB PRESIDEN : Mohamad Fadzil Omar
SETIAUSAHA : Zainun Mohd Shafie
BENDAHARI : Yusni Hassan
KEROHANIAN : (Dipangku or Naib Presiden)
KEBAJIKAN : Zawawi Ab Rahim
PENDIDIKAN : Masniza Sairi
EXCO SUKAN & REKREASI : Mohd Afzanizam Yahaya
LOGISTIK &TUGAS-TUGAS KHAS : Mohd Hamizar Abd Hamid
INFOKOM : Farida Hazwani Mohd Ridzuan
CURTIN : Kasmah Hamid
UWA : Afizawati  Ayub
MURDOCH : Nor Saidatul Rajeah Zamzam Amin
ECU : Zaharul Nizal Zabidi

4. Namun begitu kami masih mencari rakan-rakan yang boleh memimpin Biro Kerohanian serta mengalu-alukan komitmen ahli-ahli lain  yang ingin memberikan khidmat bakti di dalam biro-biro yang mereka minati.

5. Sesungguhnya kami bukanlah yang terbaik di antara kita tetapi berkat sokongan dan kerjasama daripada ahli sekalian diharap dapat menjadikan MyPSA WA lebih mantap dan cemerlang ke arah keredhaanNYA

Sekian terima kasih.

Salmah Abdul Aziz
Presiden MyPSA 2011/2012

Monday, 28 March 2011

Makluman Keputusan Mesyuarat Agung ke - 3 MyPSA -WA

Assalamualaikum W. B. T. & Selamat Sejahtera,

Untuk makluman, Mesyuarat Agung Ke-3 MyPSA-WA telah diadakan pada 26 Mac 2011 bertempat di Brian Hill Lecture Theater, Murdoch University. Sehingga jam 2:30 p.m. 26 Mac 2011, jumlah ahli aktif ialah seramai 84 orang (ahli yang membayar yuran 2011, yang melayakkan mereka untuk mengundi). Kehadiran ahli pada Mesyuarat Agung ke-3 ialah seramai 52 orang, di mana ahli aktif seramai 43 orang ( 51.2% ahli aktif yang hadir). Oleh itu, mengikut ketetapan perlembagaan MyPSA-WA yang mensyaratkan kehadiran sekurang - kurangnya 40% ahli yang aktif, Mesyuarat Agung ke-3 boleh dilangsungkan dan adalah sah.

Berikut adalah senarai nama Pemimpin Eksekutif yang baru (Sesi 2011/2012).

1. Akmal Sabarudin (menang tanpa bertanding) - 0404237779
2. Salmah Abdul Aziz (menang tanpa bertanding) - 0433553773
3. Dasran Shahri (menang tanpa bertanding) - 0433898998
4. Shaharin Umar (Dipilih semasa Mesyuarat Agung) - 0451018989



Penyerahan tugas kepada JKE yang baru telah dilakukan dalam Mesyuarat Agung yang ke-3. Oleh itu, sebarang urusan MyPSA-WA akan di laksanakan oleh JKE 2011/2012. Walaubagaimanapun, JKE 2011/2012 memerlukan sedikit masa untuk membentuk jawatankuasa yang lengkap. Oleh itu, buat sementara waktu, sekiranya ada perkara-perkara penting yang memerlukan tindakan segera dari persatuan, mohon salurkan maklumat tersebut kepada mana-mana pemimpin seperti yang tersenarai di atas. Di kesempatan ini, saya menyeru semua ahli MyPSA-WA untuk membantu Pemimpin Eksekutif yang baru dilantik membentuk jawatankuasa yang lengkap secepat mungkin supaya MyPSA-WA dapat bergerak semula meneruskan keberlangsungan persatuan kita ini.

Akhir kata saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menjayakan segala aktiviti dan initaitif yang telah dibawa oleh Pimpinan MyPSA-WA sesi 2010/2011. Tanpa sokongan dan kerjasama tuan puan, mana mungkin MyPSA-WA boleh berada pada tahap seperti yang ada pada hari ini. Harapan saya moga tuan puan dapat terus memberikan sokongan padu kepada MyPSA-WA!

Terima kasih.


Regards,
Sharunizam Shari
Mantan Presiden MyPSA-WA 2010/2011

Friday, 25 March 2011

Penarikan Diri Dari Pimpinan Eksekutif MyPSA-WA 2011/2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Adalah dengan ini pihak Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2011/2012 ingin mengumumkan bahawa Pn Hazlina Husin yang diumumkan Menang Tanpa Bertanding telah menarik diri sebagai Pemimpin Eksekutif MyPSA WA Sesi 2011/2012 atas alasan peribadi. Oleh yang demikian, mengikut perlembagaan persatuan, seorang lagi Pemimpin Eksekutif MyPSA WA untuk sesi 2011/2012 akan dipilih semasa mesyuarat agong esok hari. Berikut adalah aturcara penuh mesyuarat (Pendaftaran akan bermula dari jam 1.30 - 2.20 pm) :

Majlis Perasmian

2.30 pm - 2.40 pm - Ucapan Pengerusi Majlis & Bacaan Doa
2.40 pm - 2.45 pm - Ucapan Presiden sesi 2010/2011
2.45 pm - 2.55 pm - Ucapan Perasmian oleh Yg Berusaha En Rudy Adrie Idris, Education Attache MSD Perth
2.55 pm - 3.00 pm - Penyampaian Cenderahati

Mesyuarat Agong

3.00 pm - 3.10 pm - Membentang dan menerima Catatan Mesyuarat 2009/2010
3.10 pm - 3.20 pm - Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan 2010/2011
3.20 pm - 3.30 pm - Membentang dan menerima Penyata Kewangan
3.30 pm - 3.40 pm - Membentang dan membahas Usul
3.40 pm - 3.50 pm - Pemilihan Pemimpin Eksekutif MyPSA WA sesi 2011/2012 (seorang sahaja) dan Pengumuman Keputusan
3.50 pm - 3.55 pm - Pemilihan Juruaudit untuk sesi 2011/2012
3.55 pm - 4.00 pm - Ucapan Penangguhan
4.00 pm - 4.30 pm - Minum Petang dan Solat Asar

Majlis Penutup

4.30 pm - 4.35 pm - Penyerahan Tugas dan Ucapan wakil Pimpinan Eksekutif sesi 2011/2012
4.35 pm - 4.45 pm - Penyampaian sijil dan cenderahati             
4.45 pm - 4.55 pm - Ucapan Penutup oleh Yg Berusaha Pn Hamidah Ashari, Consul General in Perth
4.55 pm - 5.00 pm - Sesi Fotografi dan Bersurai

Klik sini untuk muat turun peta lokasi.


Sepanjang mesyuarat akan diselitkan acara cabutan bertuah (38 hadiah menanti anda) selain program jualan amal JUM TERKAM akan berlangsung bermula jam 1.30 pm sehingga mesyuarat selesai. Oleh itu marilah sama-sama kita memeriahkan AGM ke-3 MyPSA WA ini. Jumpa di sana sana...


Yang benar,
Ahmad Hisham Zainal Abidin

Thursday, 24 March 2011

Keputusan Rasmi Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA-WA Sesi 2011/2012

As salam dan Salam Sejahtera

Ahli-Ahli MyPSA WA:

Adalah dengan ini pihak Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2011/2012 ingin mengumumkan KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN PIMPINAN EKSEKUTIF MYPSA WA SESI 2011/2012. Butir-butir keputusan adalah seperti berikut:

Nama Calon :   Hazlina Husin
No Ahli MyPSA : 0160A
KEPUTUSAN : MENANG TANPA BERTANDING

Nama Calon : Dasran Shahri
No Ahli MyPSA : 0174A
KEPUTUSAN : MENANG TANPA BERTANDING

Nama Calon : Salmah Abdul Aziz
No Ahli MyPSA : 0163A
KEPUTUSAN : MENANG TANPA BERTANDING

Nama Calon : Akmal Sabarudin
KEPUTUSAN : MENANG TANPA BERTANDING


TAHNIAH diucapkan. Klik sini untuk Profil Pemimpin.

Oleh yang demikian, aturcara MENGUNDI adalah dengan ini DIBATALKAN. Justeru masa pendaftaran dilanjutkan sehingga jam 2.30pm dan Mesyuarat Agong akan bermula tepat jam 2.45pm.

1:30 p.m. - 2:30 p.m. : Kehadiran dan pendaftaran ahli
2:45 p.m. - 3:30 p.m. : Mesyuarat bermula
3:30 p.m. - 3:45 p.m. : Sesi soal jawab dan cabutan bertuah 1
3:45 p.m. - 4:20 p.m. : Minum petang dan solat Asar
4:20 p.m. - 4:30 p.m. : Mesyuarat bersambung - Pengenalan Pimpinan Baru
4:30 p.m. - 4:40 p.m. : Serahan Fail dan Ucapan wakil Saf Pimpinan baru
4:40 p.m. - 4:55 p.m. : Penyampaian sijil, cenderahati dan cabutan bertuah 2
4:55 p.m. - 5:00 p.m. : Ucapan penutup dari Pn. CG dan penangguhan mesyuarat


Ingin saya menarik perhatian ahli-ahli MyPSA WA, mengikut perlembagaan, kehadiran 40% ahli adalah diperlukan untuk mencukupkan korum. Justeru saya mewakili JK AGM ke-3 merayu kepada semua ahli supaya dapat turun beramai-ramai esok.

Perhatian dan kerjasama dari semua saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Yang benar,

Ahmad Hisham Zainal Abidin
Abdul Shahid Abu Bakar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2011/2012