Showing posts with label Tabung. Show all posts
Showing posts with label Tabung. Show all posts

Sunday, 30 October 2011

Musibah Kemalangan Saudari Kasmah (Curtin Uni) & Saudara Aziz

Assalamualaikum WBT. & Salam Sejahtera,

Dukacita dimaklumkan bahawa satu musibah kemalangan kenderaan melibatkan rakan kita iaitu Saudari Kasmah ( Curtin Univ) & Saudara Aziz telah berlaku pada hari Rabu lepas (26 Oktober 2011).

Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan namun kemalangan tersebut telah menyebabkan kenderaan beliau rosak teruk.

Justeru, pihak MyPSA-WA telah melancarkan TABUNG DERMA KEMALANGAN SAUDARA AZIZ & KASMAH dan memohon kepada rakan-rakan yang berkemampuan, bermurah hati untuk menghulurkan sedikit derma ikhlas bagi mengurangkan beban beliau.

Sumbangan jug boleh disalurkan terus kepada Saudara Aziz (No HP : 0431718741) atau melalui transaksi ‘online’ ke Akaun MyPSA-WA, maklumat bank seperti berikut :

Nama Akaun : Malaysian Postgraduate Students Assoc. WA
BSB : 306-065
No. Akaun : 050380-6
Cawangan : BANKWEST Curtin CSC
(Sila nyatakan di ruangan ‘Note’ atau ‘Description' : "KEMALANGAN-AZIZ KASMAH")

Sekali lagi, saya mewakili Pimpinan MyPSA-WA Sesi 2011/2011 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu dan semoga Allah SWT. membalas jasa baik rakan-rakan sekalian, InsyaAllah.


Sekian, terima kasih.

"Bersama-sama Kita Kukuhkan MyPSA-WA"


Yang benar,

Zawawi Ab Rahim
Biro Kebajikan
MyPSA-WA Sesi 2011/2012

Musibah Menimpa Adik Hariz (Anak kepada Zukhairi & Ramisah (Murdoch))

Assalamualaikum WBT. & Salam Sejahtera.

Rakan-rakan ahli MyPSA-WA sekalian,

Dimaklumkan bahawa anak kepada pasangan Sdr Zukhairi & Ramisah (Murdoch) iaitu Adik Hariz Izzuddin dalam keadaan kurang sihat (appendiks) dan telah dimasukkan ke Princess Margaret Hospital (PMH) katil 8B, Ward 5C pada 30/10/2011,Ahad (hari ini). Buat masa ini diberitakan Adik Hariz akan menjalani pembedahan kecil di bahagian perut pada hari ini.

Pihak MyPSA-WA juga telah mewujudkan TABUNG ADIK HARIZ dan memohon kepada rakan-rakan yang berkemampuan untuk menghulurkan sedikit sumbangan bagi mengurangkan beban kepada keluarga pasangan Zukhairi  & Ramisah (Murdoch) dan juga Adik Hariz.

Sumbangan boleh terus disalurkan kepada Zukhairi & Ramisah dengan menghubungi (Tel : 0423348895) atau (sumbangan kewangan) disalurkan melalui akaun MyPSA-WA seperti berikut :

Nama Akaun : Malaysian Postgraduate Students Assoc. WA
BSB : 306-065
No. Akaun : 050380-6
Cawangan : BANKWEST Curtin CSC


(Sila nyatakan di ruangan ‘Note’ atau ‘Description’ : "TABUNG ADIK HARIZ")

Pihak MyPSA-WA juga memohon kepada rakan-rakan agar sama-sama berdoa agar Adik Hariz selamat menjalani pembedahan dan sembuh serta sihat seperti sedia kala, InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,


Zawawi Ab Rahim
Biro Kebajikan
MyPSA-WA Sesi 2011/2012

Wednesday, 5 October 2011

Mohon Bantuan Derma Kilat bagi Rakan yang Kritikal di Melbourne

Assalamualaikum WBT, & Salam Sejahtera.
Dipanjangkan email dari rakan kita Dr Hayati (UWA).

Dimaklumkan bahawa salah seorang rakan postgraduate yang sedang belajar di La Trobe University, Melbourne sedang kritikal di Hospital St. Vincent. Beliau , Mejar Bersara Dr. Kamal Bin Ismail, merupakan pensyarah perubatan di UPM dan sedang peringkat terakhir pengajian PhDnya di Melbourne. Beliau sebelum ini seorang yang sihat dan riang, tiba-tiba telah dimasukkan ke hospital kerana serangan sakit jantung (dengan diagnosa 'Triple vessels blockage) pada minggu lepas. Setakat hari ini, beliau telah menjalani dua pembedahan ke atas jantung dan keadaan beliau semakin kritikal di ICU. Saya bagi pihak rakan sejawat dan rakan seperjuangan ingin memohon pihak MyPSA WA dan ahli-ahli semua supaya dapat menghulurkan sedikit bantuan kewangan seberapa ikhlas agar dapat meringankan beban beliau dan keluarga.

Difahamkan dari perbualan kami melalui telefon sebelum beliau dibedah, kos perubatan yang diperlukan sangat tinggi terutamanya melibatkan pembedahan besar (open heart surgery). Marilah sama-sama kita menyelami kesusahan beliau dan keluarga dengan menghulurkan sedikit bantuan.

Yang benar;

Dr Hayati kadir Shahar
UWA

Derma kilat bagi rakan yang kritikal di Melbourne boleh disalurkan ke akaun seperti di bawah :

Nama Akaun: Malaysian Postgraduate Students' Association Western Australia
BSB: 306-065
No Akaun:050380-6
Cawangan:BankWest Curtin CSC
Description:'Tabung Musibah Dr Kamal Melbourne'

Terima Kasih
Zawawi
Biro Kebajikan
Mypsa WA 2011/12

Tuesday, 13 September 2011

Tabung Amanah Zakat Western Australia (TAZWA)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Tabung Amanah Zakat Western Australia (TAZWA) telah ditubuhkan dengan rasminya pada 20 Ogos 2011 dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh pihak konsulat dan ahli mesyuarat terdiri dari wakil PR Malaysia dan persatuan-persatuan pelajar Malaysia yang berdaftar dengan konsulat dan Education Malaysia Australia Perth. Penubuhannya telah mendapat restu Konsul Jeneral Malaysia, Perth.

2. Ia akan diurustadbir oleh gabungan persatuan pelajar Malaysia di Western Australia (MyPSA WA, MISWA dan MASCA) serta wakil Persatuan Melayu, WA (MAWA) dan dikoordinasikan oleh Konsul Jeneral yang bertindak sebagai Yang DiPertua (YDP) dan Atase Pendidikan, Education Malaysia Australia Perth (EMAP) sebagai Tim YDP.

3. Matlamatnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan TAZWA iaitu untuk menguruskan semua kutipan zakat khususnya di kalangan masyarakat Islam Malaysia dan keseluruhan komuniti Muslim Western Australia amnya serta membantu mereka dengan segala bentuk usaha agar mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

4. Objektif khususnya ialah:
i.  Menguruskan semua kutipan zakat khususnya bagi masyarakat Islam di Western Australia
ii. Menyelaraskan semua pengurusan kutipan zakat berasaskan hukum syarak dalam Islam
iii.Menjalin dan memupuk hubungan serta kerjasama antara masyarakat Islam di Western Australia berasaskan prinsip Ummatan Wahidan (umat yang satu), Musawah (persamaan darjat dan kewajipan) , Ukhuwwah Islamiyah (persaudaraan Islam) dan Takaful Ijtima' (tanggungjawab bersama)

5. Sehubungan itu, pihak Lembaga TAZWA telah bersetuju melantik amil-amil berikut bagi melaksanakan urusan kutipan zakat:
 i.  Mohd Sofian Hj Hussain (MyPSA WA) 0466284479
ii. Mohamad Afzanizam Yahya (MyPSAWA) 0422012060
iii.Mohamad Fadzil Omar (MyPSA WA) 0425626583
iv.Ahmad Nazirul Faiz Ibrahim (MISWA) 0430105565
v. Zakri Yusof (MAWA) 0403929257


Tuan/Puan/Saudara/Saudari boleh membayar zakat fitrah serta zakat harta kepada amil-amil tersebut mulai sekarang. Semoga usaha ini mendapat sokongan semua dan dilimpahi keberkatan Allah SWT.

Sekian terima kasih


SALMAH ABDUL AZIZ
Setiausaha
Lembaga Pemegang Amanah TAZWA

Saturday, 16 April 2011

Tabung Derma Musibah Kesihatan Ibu Mertua Saudara Wan Suffian

Assalamualaikum WBT. & Salam Sejahtera,

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu mertua kepada Wan Suffian Wan Mustafa (Curtin University) telah mengalami masalah kesihatan (stroke).Dan kini Pn Sharifah Chee Binti Tuanku Ahmad telah ditempatkan di Royal Perth Hospital untuk rawatan lanjut.

Marilah kita mendoakan kesihatan ibu mertua Sdr Wan Suffian kembali pulih dan diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk  keluarga beliau dalam mengharungi dugaan ini.

Justeru, pihak MyPSA-WA telah melancarkan TABUNG DERMA MUSIBAH KESIHATAN IBU MERTUA SDR WAN SUFFIAN dan memohon kepada rakan-rakan yang berkemampuan, bermurah hati untuk menghulurkan sedikit derma ikhlas bagi mengurangkan beban beliau sekeluarga.

Sumbangan juga boleh disalurkan terus kepada Saudara Wan Suffian dan Puan Sharifah Nazimah (No HP : 0432617086) atau melalui transaksi ‘online’ ke Akaun MyPSA-WA, maklumat bank seperti berikut:

Nama Akaun : Malaysian Postgraduate Students Assoc. WA
BSB : 306-065
No. Akaun : 050380-6
Cawangan : BANKWEST Curtin CSC


(Sila nyatakan di ruangan ‘Note’ atau ‘Description' : "MUSIBAH WSUFFIAN")

Sekali lagi, saya mewakili Pimpinan MyPSA-WA Sesi 2011/2012 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu dan semoga Allah SWT. membalas jasa baik rakan-rakan sekalian, InsyaAllah.


Sekian, terima kasih.

"Bersama-sama Kita Kukuhkan MyPSA-WA"


Yang benar,

Zawawi Ab Rahim
Biro Kebajikan
MyPSA-WA Sesi 2011/2012

Monday, 11 April 2011

Tabung Derma Musibah Nadia-Shahid

Assalamualaikum Warahmatullah  & Salam Sejahtera,

Seperti yang dimaklumkan oleh sdr mantan Presiden MyPSA, sebelum ini, rakan seperjuangan kita Pn Nadia (Curtin Univ) telah mengalami gangguan kesihatan semenjak melahirkan bayi ke 2 pada 18/03/11.  Beliau telah mendapat rawatan awal di Royal Perth Hospital sejak malam hari Isnin 04/04/2011.  Alhamdulillah kesihatan agak stabil dan telah dipindahkan ke King Edward Hospital, Subiaco pada tengahari Khamis 07/04/11 untuk rawatan lanjut. Majlis solat hajat telah diadakan di Musolla Curtin Univ selepas Isya’ 04/04/11 yang mana  telah dihadiri oleh ramai sahabat handai (brothers & sisters) dan turut disertai oleh YBhg Pn Hamidah Ashari  (Consulate General Malaysia di Perth). Ini diikuti dengan majlis bacaan Yasin yang diadakan di rumah beliau. Marilah kita terus mendoakan kesihatan Pn Nadia kembali pulih dan dapat membelai putri comel beliau serta doa kita agar Sdr Shahid diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk mengharungi dugaan besar ini. Justeru itu, pihak MyPSA-WA telah melancarkan TABUNG MUSIBAH NADIA-SHAHID bagi memudahkan rakan-rakan menyalurkan sedikit bantuan kepada mereka. Semoga sumbangan ikhlas dan prihatin kita semua akan mendapat ganjaran di sisiNYA. Sumbangan boleh disalurkan melalui transaksi ‘online’ ke akaun MyPSA-WA seperti  maklumat berikut:


Nama Akaun : Malaysian Postgraduate Students Assoc. WA
BSB : 306-065
No. Akaun : 050380-6
Cawangan : BANKWEST Curtin CSC

(Sila nyatakan di ruangan ‘Note’ atau ‘Description' : ‘MUSIBAH NADIA-SHAHID

Sekali lagi, saya mewakili Pimpinan MyPSA-WA Sesi 2011/2012 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang membantu. Semoga usaha murni kita diberkati Allah SWT.

"Bersama-sama Kita Kukuhkan MyPSA-WA"

Yang menjalankan amanah,

MPE MyPSA-WA  2011/2012