Dalam beberapa hari ini, keadaan cuaca di Western Australia tidak
menentu dengan suhu kadang kadang mencecah 44C. Pihak EMAP ingin
menasihati semua pelajar yang tidak pulang ke tanah air agar lebih
berhati-hati ketika melaksanakan program masing masing sepanjang cuti
semester ini. Pihak EMAP menggalakkan pelajar pelajar untuk memaklumkan
kepada pihak kami kiranya pelajar pelajar ingin keluar daerah melebihi
100km dari titik pusat Perth. Ini bagi memudahkan pihak kami memberi
bantuan kecemasan kiranya ada.
Pihak EMAP juga ingin menasihati
semua pelajar untuk membaca semula SOP bencana yang telah diberikan
semasa awal semester untuk tujuan rujukan. Detailkan kepada bab 3.3
seperti beikut :-
3.3 KEBAKARAN / KEBAKARAN HUTAN
Langkah-langkah apabila berlaku kebakaran
1) Jangan panik.
2) Bunyikan penggera untuk memberi isyarat kepada semua penghuni rumah.
Selamatkan diri anda dan rakan/keluarga melalui jalan keluar yang sedia
ada atau yang telah ditetapkan.
3) Hubungi balai bomba dan berikan butir-butir lengkap dan tepat mengenai lokasi rumah anda.
4) Matikan semua punca letrik dan gas.
5) Sementara menanti ketibaan bomba, cuba padamkan api dengan alat pemadam api. INGAT! Jangan sampai membahayakan diri anda.
6) Cari/tuju ke arah jalan keluar yang selamat. Pastikan anda telah
mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk
menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran.
7) Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.
8) Perkara yang sentiasa perlu dilakukan dan diberi perhatian :
a) Bincangkan Pelan Menyelamatkan Diri dengan rakan-rakan serumah. Anda
harus mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan anda mengenai pelan
menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan semua rakan
serumah anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku
kebakaran. Adakan fire drill dari masa ke semasa supaya ia sentiasa
dalam ingatan ahli rumah anda.
b) Elakkan daripada mendiami
rumah yang berjeriji terutama pada tingkap dan pintu rumah. Sekiranya
ada, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan
mudah.
c) Pastikan anak kunci mudah diambil. Setiap ahli rumah
mesti tahu tempat penyimpanan anak kunci pintu atau jeriji. Jangan
mengubah tempat menyimpan anak kunci tanpa pengetahuan ahli rumah yang
lain.
d) Pastikan sekurang-kurangnya ada satu alat pengesan
asap (Smoke Detector). yang dipasang di dalam rumah dan sentiasa
berfungsi.
Sekiranya pihak pelajar kurang faham dan jelas, mohon hubungi pegawai EMAP menerusi talian tertera dibawah.
Pihak EMAP juga menggalakkan pelajar untuk membuat persediaan awal seperti berikut:
PERSEDIAAN AWAL
i. Mendapatkan no telefon pihak-pihak berkuasa tempatan seperti Polis,
tentera, imigresen, hospital dan nombor telefon kakitangan Education
Malaysia serta Konsulat Jeneral Malaysia di Perth.
ii. Menyediakan
checklist barang-barang yang perlu dibawa sekiranya berlaku bencana
alam. Contoh setiap individu perlu ada satu bag kecil untuk membawa
passport, tuala, alatan mandi dan kesihatan dan lain-lain. Bag ini
hendaklah sentiasa bersedia untuk dibawa sekiranya mendapat amaran untuk
evakuasi.
iii. Menyediakan peralatan asas seperti peti kecemasan, lampu picit, kasut getah, ubat nyamuk, mancis dan sebagainya.
Iv. Pastikan data data penyelidikan dibuat pendua (backup) dan disimpan dibeberapa tempat yang selamat.
LANGKAH-LANGKAH SEMASA BENCANA.
i. Sentiasa peka kepada berita-berita dari media massa, panggilan
telefon, sms atau arahan daripada pihak berkuasa untuk berpindah.
ii.Menghubungi segera Education Malaysia atau kakitangan Konsulat.
Iii.Menghubungi semua pelajar setempat agar berkumpul di tempat yang telah dikenal pasti.
Nombor Nombor Yang perlu diketahui :-
Bureau of Meteorology
In addition to the web services the Bureau issues phone and fax information services.
Automated Telephone Messages: Cyclone Advices (Watch/Warning):
WA: 1300 659 210
Weather-by-Fax: Directory pages (poll fax):
WA: 1902 935 297
Emergency services agencies
Emergency Management Australia: www.ema.gov.au
Fire & EmergencyServices Authority of Western Australia (FESA) : 132 500
Western Australia Police : 131 444
Ambulance St John : 1300 360 455
MyPSA WA merupakan satu persatuan yang ditubuhkan bertujuan menjaga kebajikan, memastikan kecemerlangan akademik serta memupuk semangat kekeluargaan dikalangan ahli persatuan. Persatuan pelajar ini disertai oleh pelajar-pelajar Malaysia (Pascasiswazah) yang sedang menuntut di universiti-universiti sekitar Western Australia (WA), Australia.
Sunday, 12 January 2014
Thursday, 2 January 2014
BORANG RESIDEN DEWAN MALAYSIA PERTH (DMP)
Bersyukur
kita ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, akhirnya impian
pelajar pelajar kita di Western Australia tercapai untuk memiliki DMP.
Alhamdulilah dan syabas kepada semua pelajar pelajar yang tidak putus
putus mendoakan dan berjuang untuk mendapatkan DMP ini. Perjuangan ini
bermula pada 8 Ogos 2009 lagi yang mana suara suara pelajar yang
terdahulu telah sampai ke pengetahuan YAB Timbalan Perdana Menteri dan
YAB telah meminta pihak Kemeterian Pengajian Tinggi (ketika itu) untuk
mengkaji dan menilai keperluan cadangan penubuhan DMP ini. Suara suara
ini juga diteruskan bagi memastikan kewujudan DMP releven dengan
kebajikan dan keperluan pelajar disini. Kewujudan MSD Perth (kini
dikenali sebagai EMAP) pada 16 Mei 2010 telah membuktikan kerajaan amat
serius bagi memastikan kebajikan dan keperluan pelajar pelajar disini di
pelihara dan diutamakan. Ketika lawatan YB Dato' Seri Mohamed Khaled
Nordin (Menteri KPT ketika itu) melawat EMAP pada 12-14 Nov 2012, YB
Dato' Seri telah mengumumkan pengesahan pembelian DMP melalui
perbentangan budget 2013. Terdapat lebih daripada 15 lokasi cadangan
dari pelbagai agensi dan syarikat dimajukan kepada pihak pembangunan KPT
untuk disenarai dan dikaji. Kajian merangkumi aspek keperluan pelajar,
jarak lokasi berhampiran 5 universiti utama, politeknik dan TAFE, laluan
utama pengangkutan (berhampiran dalam CAT servis – bas percuma sekitar
bandaraya), nilai aset bangunan dll.
Pelbagai cabaran dilalui
namun atas perjuangan dan doa pelajar pelajar semua, akhirnya
'Underground Backpackers' sah menjadi DMP setelah Tuan Yang Terutama
Dato' Zainal Abidin Ahmad ( Persuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia)
menandatangani perjanjian jualbeli bangunan tersebut pada 16 Dis 2013.
Kini DMP dalam proses transformasi daripada bangunan backpackers kepada
Dewan Malaysia. BHEPP dan EMAP telah diamanahkan untuk memastikan
pengoperasian DMP berjalan dengan lancar dan teratur. Oleh yang
demikian, pelbagai program dan perancangan telah diatur bagi memastikan
pengoperasian dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. EMAP juga
dalam proses mengenalpasti keperluan semasa termasuk pengurusan dan
pentadbiran di dalam DMP nanti. Maka pada peringkat pertama ini, pihak
EMA mengalu alukan, mana mana pelajar yang berminat untuk menjadi
residen DMP mengisi borang DMP dan dimajukan kepada pihak EMAP untuk
diproses. Pihak EMAP akan memaklumkan secara email jawapan kelulusan
tersebut. Dengan ini, pihak EMAP sertakan borang permohonan residen
untuk tindakkan semua persatuan pelajar.
Sekian. Terima kasih
"PANTAS TEPAT DAN INTEGRITI"
"1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
Saya yang menurut perintah,
Rudy Adrie Idris
Education Attache
Education Malaysia Australia Perth (EMAP)
Consulate General Of Malaysia
252 Adelaide Terrace
Perth WA 6000
Australia
*Kepada ahli MyPSA yang berminat menjadi residen Malaysia Hall sila isi borang di laman web facebook MyPSA dan hantar kepada ahmad.jazlan09@gmail.com.. Permohonan akan dimajukan ke pihak EMAP.. Keutamaan - 1) Ahli-ahli yang aktif menyumbang dalam persatuan pelajar, 2) Pelajar Malaysia & keluarga yang baru sampai (belum ada penempatan) dan pelajar yang akan pulang ke tanah air (break lease).
Wednesday, 4 December 2013
Bantuan Keewangan untuk Mangsa Banjir di Pahang
Assalamualaikum Dan Salam sejahtera semua,
Seperti kita semua maklum, bencana banjir di Pahang yang teruk. Sesiapa yang ingin bersedekah Dan menghulurkan bantuan Boleh berbuat demikian.
"Kepada sesiapa yg berkenaan,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pahang telahpun melancarkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir Negeri Pahang bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di pusat- pusat pemindahan banjir di negeri ini.
Keperluan mendesak yang akan diberikan perhatian termasuklah bekalan air minuman bersih, keperluan kanak2 seperti susu, lampin pakai buang, selimut dan peralatan ibadah.
Untuk itu, kami mengalu2kan sebarang bentuk sumbangan terutamanya berbentuk wang yang boleh disalurkan terus ke dalam akaun Saudara Mohd Azmi Nias Ahmad dari ECU (sila nyatakan dalam ruangan description - Bantuan Mangsa Banjir):
Nama:Mohamad Azmi Nias Ahmad
No akaun Maybank: 156141217292
Warga MyPSA yang ingin menyumbang dalam AUD boleh hantarkan kepada (sila nyatakan dalam ruangan description - Bantuan Mangsa Banjir)::
Account Name: HAJA MOHIDEEN AHMAD JAZLAN BIN
Branch: Uni of Western Australia WA
BSB: 066155
Account Number: 10338379
SWIFT Code: CTBAAU2S

Friday, 29 November 2013
Halal Food Bank Drive MyPSA
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli MYPSA,
Pihak MYPSA akan melancarkan tabung kutipan derma untuk Halal Food Bank Perth.
Pihak MYPSA akan melancarkan tabung kutipan derma untuk Halal Food Bank Perth.
Halal
Food Bank Perth adalah satu inisiatif The Ansaar Project. Objektif
Halal food bank ini adalah untuk membekalkan makanan halal dan
berkhasiat kepada mereka yang memerlukan. Majoriti makanan yang
disedekahkan diagih-agihkan kepada keluarga ibu tunggal muslim yang
memerlukan, orang yang tiada tempat tinggal (homeless), orang miskin
(kebanyakannya diberi kepada orang islam yang baru tiba, atau putus
pekerjaan yang belum menjadi warganegara atau PR) dan lain lain lagi.
Pihak halal food bank Perth baru baru ini telah mewawarkan yang stok makanan mereka telah kehabisan. Mereka memerlukan makanan berikut untuk diagihkan kepada yang memerlukan:
- Susu UHT (Long life milk 1L) - Tepung gandum (Flour (1kg) - Pasta (500g) - Beras (Rice) - Kekacang dalam tin (Canned beans/lentils/chickpeas (standard size) - Ikan dalam Tin (Canned fish) - Buah buahan dalam tin (Tin Fruit (standard size) - Minyak masak (Oil (1L or less) - sayur dalam tin (Tin Vegetable (standard tin size) - Gula (Sugar 500g or 1 kg) - Garam (Salt) - Teh (Tea) - Biskut (Biscuits)

Ahli
ahli yang mahu menderma untuk tujuan ini bolehlah berbuat demikian
sebelum 10 Disember 2013. Pihak MyPSA juga mengalu alukan ahli yang
ingin turut serta sama-sama membeli dan menghantar makanan ini ke Masjid
Rivervale setelah dana dikutip.
Butir butir akaun adalah seperti berikut (sila letak 'Halal Food Bank' pada ruangan description):
Butir butir akaun adalah seperti berikut (sila letak 'Halal Food Bank' pada ruangan description):
Account Type: Society Cheque Account
BSB : 066-209
Account Number : 1005 2843
Account Title : Malaysian Postgraduate Students' Association Western Australia
Semoga usaha kita dipandang Allah InsyaAllah.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Safiyyah Aziz di 0410287025 atau email safiyyahaziz@gmail.com
Thursday, 28 November 2013
Barisan MPE dan AJK MyPSA 2014
Assalamualaikum warga MyPSA yang dihormati,
dengan sukacitanya memperkenalkan barisan MPE baru tahun ini terdiri daripada :
1. Muhamad Hafiz Che Othman pelajar Phd dari UWA
2. Hidhir Mohamed pelajar masters dari Curtin uni
3. Najihah Ismail pasangan kepada Faizal Abdul Manaf dari Murdoch uni
4. Nani Abdul Manan pasangan kepada Azrul Yahya dari UWA
Biro-biro
1. Safiyyah A Aziz pelajar Phd dari UWA
2. Anna Aryani Amir pelajar Phd dari UWA
3. Nadiatul Syima Mohd Shahid pelajar PhD Curtin
Syabas dan tahniah atas perlantikan dan Insya Allah diharap semua ahli
dapat memberi kerjasama yang erat kepada MPE yang baru. Kita ketiadaan
wakil dari ECU pada hari AGM...diharap ada yang sudi menawarkan diri
sbagai wakil.
Sekian terima kasih!
Sunday, 24 November 2013
Laman Web MyPSA WA
Salam warga MyPSA. Selain facebook rasmi MyPSA ini maklumat mengenai MyPSA juga boleh diketahui melalui blog rasmi MyPSA: http://mypsawa.blogspot.com.au/
Wednesday, 25 April 2012
Calon AJK Eksekutif MyPSA WA 2012/2013 MENANG TANPA BERTANDING
As salam dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa tiga nama telah diterima sebagai calon AJK Eksekutif MyPSA WA 2012/2013 seperti berikut:
1) Fatim Tahirah (Curtin University)
2) Mohd Saiyidi Mokhtar (ECU)
3) Mohd Rosdi Naim Mat (Pasangan)
2) Mohd Saiyidi Mokhtar (ECU)
3) Mohd Rosdi Naim Mat (Pasangan)
Sehubungan dengan itu, diumumkan bahawa ketiga-tiga calon MENANG TANPA BERTANDING.
Sekian, harap maklum.
Yang benar,
Ahmad Hisham Zainal Abidin
Mohamad Fadzil Omar
Mohamad Fadzil Omar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013
Tuesday, 24 April 2012
Sunday, 22 April 2012
Pencalonan AJK Eksekutif MyPSA-WA 2012/2013 [UPDATE 22 April]
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Satu lagi pencalonan baru telah diterima pada hari ini. Berikut adalah maklumat pencalonan tersebut;
Nama Calon : Mohd Rosdi Naim Mat
Di cadangkan oleh: Abdul Hadi Abdul Karim
Disokong oleh: Sharunizam Shahri
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kepada warga MyPSA WA bahawa tarikh tutup penamaan calon adalah pada 23 April 2012 (Isnin) sebelum jam 12 tengahari. Oleh yang demikian, kepada yang berhajat untuk membuat pencalonan agar dapat melakukannya seberapa segera yang mungkin.
Sekian,
Yang benar,
Ahmad Hisham Zainal Abidin
Mohamad Fadzil Omar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013
Satu lagi pencalonan baru telah diterima pada hari ini. Berikut adalah maklumat pencalonan tersebut;
Nama Calon : Mohd Rosdi Naim Mat
Di cadangkan oleh: Abdul Hadi Abdul Karim
Disokong oleh: Sharunizam Shahri
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan kepada warga MyPSA WA bahawa tarikh tutup penamaan calon adalah pada 23 April 2012 (Isnin) sebelum jam 12 tengahari. Oleh yang demikian, kepada yang berhajat untuk membuat pencalonan agar dapat melakukannya seberapa segera yang mungkin.
Sekian,
Yang benar,
Ahmad Hisham Zainal Abidin
Mohamad Fadzil Omar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013
Saturday, 21 April 2012
Pencalonan AJK Eksekutif MyPSA-WA 2012/2013
As salam & Salam Sejahtera,
Satu pencalonan telah diterima seperti berikut:
Nama : Mohd Saiyidi Mokhtar (ECU)
Di cadangkan oleh: Yusni Hassan
Disokong oleh: Nor Raihana Mohd Ali
Sekian.
Yang benar,
Ahmad Hisham Zainal Abidin
Mohamad Fadzil Omar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013
Satu pencalonan telah diterima seperti berikut:
Nama : Mohd Saiyidi Mokhtar (ECU)
Di cadangkan oleh: Yusni Hassan
Disokong oleh: Nor Raihana Mohd Ali
Sekian.
Yang benar,
Ahmad Hisham Zainal Abidin
Mohamad Fadzil Omar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013
Friday, 20 April 2012
Pencalonan AJK Eksekutif MyPSA-WA 2012/2013 [UPDATE 20 April]
As salam dan Salam Sejahtera,
Satu pencalonan telah diterima seperti berikut:
Nama : Fatim Tahirah
Di cadangkan oleh: Zainun Mohd Shafie
Disokong oleh: Salmah Abd Aziz
Sekian.
Yang benar,
Ahmad Hisham Zainal Abidin
Mohamad Fadzil Omar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013
Satu pencalonan telah diterima seperti berikut:
Nama : Fatim Tahirah
Di cadangkan oleh: Zainun Mohd Shafie
Disokong oleh: Salmah Abd Aziz
Sekian.
Yang benar,
Ahmad Hisham Zainal Abidin
Mohamad Fadzil Omar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013
Tuesday, 17 April 2012
Notis Pencalonan AJK Eksekutif MyPSA-WA 2012/2013 [UPDATE 17 April]
As salam & Salam Sejahtera,
Sehingga jam 3 petang ini, belum ada sebarang pencalonan diterima oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013.
Harap maklum.
Ahmad Hisham Zainal Abidin
Mohamad Fadzil Omar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013
Monday, 9 April 2012
Notis Pencalonan AJK Eksekutif / Jawatankuasa Tertinggi MyPSA WA 2012/2013
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pencalonan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Pelajar Pasca Siswazah Malaysia, WA (MyPSA WA) bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-4 Persatuan Pelajar Pasca Siswazah Malaysia, WA (MyPSA WA) adalah seperti butiran berikut:
- Tarikh awal penamaan calon : 09 April 2012 (Isnin) jam 11.00 pagi
- Tarikh tutup penamaan calon : 23 April 2012 (Isnin) sebelum jam 12 tengahari
- Tarikh melobi/kempen calon : 24 April – 28 April 2012 sebelum bermulanya pengundian ketika Mesyuarat Agung.
- Tarikh pengundian : 28 April 2012 (Sabtu)
- Pencalonan kali ini adalah untuk mencari 4 orang pemimpin eksekutif tanpa menetapkan jawatan mereka. Tiada had untuk bilangan calon tetapi hanya 4 calon dengan undian tertinggi akan dipilih dan mereka akan berbincang secara musyawarah untuk menentukan jawatan masing-masing mengikut perlembagaan persatuan. Sukacita dimaklumkan bahawa resolusi Mesyuarat Agung Khas (SGM) pada bulan November 2011 menyatakan hanya jawatan Presiden dikhususkan kepada pelajar manakala jawatan-jawatan lain terbuka kepada pelajar dan pasangan pelajar.
- Para pencadang dikehendaki menghubungi bakal calon terlebih dahulu untuk memaklumkan hasrat mencalonkan ahli terbabit sebelum borang pencalonan dihantar kepada Pihak Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan MyPSA WA 2012/2013. Ini bertujuan untuk memberi ruang kepada ahli terbabit menimbang dan membuat keputusan samada menerima pencalonan atau sebaliknya.
- Pencalonan hendaklah dilakukan menerusi borang ini. Sebarang pencalonan tanpa melalui borang adalah tidak sah.
- Setiap pencalonan akan diumumkan dari semasa ke semasa oleh pihak MyPSA WA melalui emel. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan MyPSA WA 2012/2013 akan menghubungi mereka yang dicalonkan dalam tempoh 24 jam selepas calon terbabit dicalonkan untuk memaklumkan berkaitan pencalonannya.
- Sebarang penarikan diri dari calon haruslah dibuat melalui surat rasmi yang diemelkan kepada Jawatankuasa Mesyuarat Agung MyPSA WA untuk dipertimbangkan, selewat-lewatnya 24 jam setelah nama calon diumumkan. Selepas tempoh tersebut segala penarikan diri dari calon tidak akan dilayan.
- Borang pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013, iaitu Saudara Ahmad Hisham (hishamza23@gmail.com) dan Saudara Mohamad Fadzil Omar (fadzil@y7mail.com) sebelum tarikh penamaan calon di tutup.
- Semua ahli MyPSA Western Australia berdaftar yang menepati syarat-syarat seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan MyPSA Western Australia adalah layak untuk dicalonkan. Syarat menjadi calon ialah menjadi ahli (termasuk pasangan) dan membayar yuran tahunan 2012 pada atau sebelum 28 April 2012.
Sekian dimaklumkan.
Ahmad Hisham Zainal Abidin
Mohamad Fadzil Omar
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013
Tuesday, 3 April 2012
Tarikh Baru Mesyuarat Agung MyPSA WA 2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ahli-ahli MyPSA WA,
Dengan hormatnya dimaklumkan tarikh baru mesyuarat agung tahunan MyPSA WA ke-4 yang ditangguh sebelum ini adalah seperti berikut:
Tarikh : 28 April 2012 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Hill Lecture Theatre, Murdoch University
Sehubungan itu, sukacita tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.
Seperti sebelum ini, pemilihan Saf pimpinan MyPSA WA untuk sesi 2012/2013 akan diadakan semasa mesyuarat agung tetapi proses penamaan calon akan dibuka sebelum mesyuarat. Saudara Ahmad Hisham Zainal Abidin akan mengetuai Jawatankuasa Pemilihan Pimpinan Eksekutif MyPSA WA 2012/2013 dan dibantu oleh Saudara Mohamad Fadzil Omar. Segala maklumat mengenai percalonan dan proses pemilihan akan dimaklumkan oleh mereka tidak lama lagi.
Agenda mesyuarat :
i. Ucapan Pengerusi Majlis dan Bacaan Doa
ii. Ucapan Presiden Sesi 2011/2012
iii. Ucapan Perasmian oleh Yg Berusaha En Rudy Adrie Idris, Education Attache, EMAP
iv. Perlantikan Pengerusi dan Pencatat Minit Mesyuarat Agung MyPSA WA ke-4
v. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-3 (2011)
vi. Membentangkan dan meluluskan Laporan Aktiviti Tahunan 2011/2012
vii. Membentangkan dan meluluskan Laporan Kewangan 2011/2012
viii. Membentang dan membahas Usul
ix. Pemilihan Pemimpin Eksekutif MyPSA WA sesi 2012/2013 dan Pengumuman Keputusan
x. Pemilihan Juruaudit untuk sesi 2011/2012
xi. Ucapan Penangguhan
xii. Penyerahan Tugas dan Ucapan wakil Pimpinan Eksekutif sesi 2012/2013
xiii. Penyampaian sijil dan cenderahati
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Zainun Mohd Shafie
Setiausaha MyPSA WA 2011/2012

Monday, 5 March 2012
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MyPSA WA KE-4 DAN PEMILIHAN SAF PIMPINAN MyPSA WA 2012/2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ahli-ahli MyPSA WA,
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 25 Mac 2012 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Murdoch University
Agenda mesyuarat :
i. Ucapan Pengerusi Majlis dan Bacaan Doa
ii. Ucapan Presiden Sesi 2011/2012
iii. Ucapan Perasmian oleh Yg Berusaha En Rudy Adrie Idris, Education Attache, EMAP
iv. Perlantikan Pengerusi dan Pencatat Minit Mesyuarat Agung MyPSA WA ke-4
v. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-3 (2011)
vi. Membentangkan dan meluluskan Laporan Aktiviti Tahunan 2011/2012
vii. Membentangkan dan meluluskan Laporan Kewangan 2011/2012
viii. Membentang dan membahas Usul
ix. Pemilihan Pemimpin Eksekutif MyPSA WA sesi 2012/2013 dan Pengumuman Keputusan
x. Pemilihan Juruaudit untuk sesi 2011/2012
xi. Ucapan Penangguhan
xii. Penyerahan Tugas dan Ucapan wakil Pimpinan Eksekutif sesi 2012/2013
xiii. Penyampaian sijil dan cenderahati
Sehubungan itu, sukacita tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Sebarang usul hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha dialamat k_zai1@yahoo.com menggunakan borang usul. Semua usul mesti dikemukakan kepada Setiausaha selewat-lewatnya pada 17 Mac 2012.

Wednesday, 22 February 2012
ACADEMIC COFFEE SESSION (BIL. 3, 2011/2012)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Cik Puan Warga MyPSA-WA yang dikasihi,
Merujuk kepada emel saya sebelum ini bertarikh 08 Feb 2012, pihak MyPSA-WA (2011/12) dengan sukacitanya sekali lagi ingin menjemput tuan/cik puan menghadiri Academic Coffee Session (Siri 3, 2011/12) seperti butiran berikut:
Tarikh : 04 Mac 2012 (Ahad)
Masa : 9.30 – 11.30 pagi
Lokasi : Conference Room, Science and Mathematics Education Centre (SMEC) - Building 220, Curtin University (lokasi ACS MyPSA & AIPSSA terdahulu) (http://properties.curtin.edu.au/maps/)
Jamuan Makan : Konsep ‘potluck’

Tentatif Program:
9.30 – 9.35 pagi
Ucapan aluan Presiden MyPSA-WA Bacaan doa
9.35 – 10.05 pagi
Pembentangan 1 + Sesi Soal Jawab
- Saudara Ahmad Fareed Ismail
Murdoch University
Tourism Organizations: Internet Leapfrogging and Evolution
10.05 – 10.15 pagi
Minum pagi
10.15 – 10.45 pagi
Pembentangan 2 + Sesi Soal Jawab
- Saudari Azra Munirah Mat Daud
The University of Western Australia
Inside Informal, Outside Stormy
10.45 – 11.15 pagi
Pembentangan 3 + Sesi Soal Jawab
- Saudara Akmal Sabarudin
Curtin University
Ready to publish?
11.15 pagi
Bersurai
Mohon kerjasama tuan/cik puan untuk memberi maklumbalas kehadiran kepada saya. Semoga sesi yang dirancang ini mendapat kerjasama semua dan berjalan dengan lancar.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Masniza Sairi
Exco Pendidikan MyPSA-WA (2011/12)
Pertandingan Bowling MyPSA-WA
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Hari pertandingan semakin hampir!!! Sudahkan anda bersedia??...
Berikut merupakan senarai nama pemain-pemain mengikut kumpulan yang telah ditetapkan berdasarkan kepada penerimaan nama atau borang penyertaan. Nama samaran (nick name) yang terdapat di dalam senarai tersebut akan dipaparkan di 'lane monitor' pada hari pertandingan.
Group A :
AFIZAWATI AYUB (AFIZA)
SHARUNIZAM SHARI (SHAH)
ZAINATUL SHIMA ABDULLAH (SHIMA)
SAIYIDI (SAIYIDI)
SHARUNIZAM SHARI (SHAH)
ZAINATUL SHIMA ABDULLAH (SHIMA)
SAIYIDI (SAIYIDI)
Group B:
MOHAMAD FADZIL OMAR BAKI (FADZIL)
NOR RAIHANA MOHD ALI (HANA)
AHMAD HISHAM ZAINAL ABIDIN (SHAM)
YUSNI HASSAN (YUS)
NOR RAIHANA MOHD ALI (HANA)
AHMAD HISHAM ZAINAL ABIDIN (SHAM)
YUSNI HASSAN (YUS)
Group C:
NURUL HANIM (HANIM)
AZHAR HUSSIN (AZHAR)
ZAWAWI ABD RAHIM (AWIE)
RAIHANA (RAI)
AZHAR HUSSIN (AZHAR)
ZAWAWI ABD RAHIM (AWIE)
RAIHANA (RAI)
Group D:
FARIS (FARIS)
SALMAH ABDUL AZIZ (SAL)
MOHD AZMAN HJ MOHD ARIFFIN (AZMAN)
MOHAMAD AZMI BIN NIAS AHMAD (AZMI)
SALMAH ABDUL AZIZ (SAL)
MOHD AZMAN HJ MOHD ARIFFIN (AZMAN)
MOHAMAD AZMI BIN NIAS AHMAD (AZMI)
Group E:
FAREED ISMAIL (FAREED)
HANIFF (HANIF)
FARIDA HAZWANI (FARIDA)
NORESMA JAHYA (EMMA)
HANIFF (HANIF)
FARIDA HAZWANI (FARIDA)
NORESMA JAHYA (EMMA)
Group F:
ASAMUDIN (ASA)
ZAHIRAH KHALID (IRAH)
ABDUL HADI (HADI)
MASNIZA (MAS)
ZAHIRAH KHALID (IRAH)
ABDUL HADI (HADI)
MASNIZA (MAS)
Group G:
Consulate Office
Group H:
Consulate Office
Group I:
MASCA
Sebagai peringatan, kesemua peserta dikehendaki berada di AMF Bowling Cannington (Cnr Manning Road & Burton St, Cannington) tepat jam 10 pagi untuk proses pendaftaran pemain dan urusan pengambilan kasut. Bayaran pendaftaran sebanyak AUD20.00 (2 games) perlu dijelaskan pada pagi tersebut. Diharapkan agar semua pemain dapat datang pada masa yang telah ditetapkan kerana permainan akan dijalankan secara serentak.
Kepada pasukan-pasukan atau individu yang berhajat untuk berlatih, AMF Bowling ada menawarkan pakej istimewa seperti berikut;
Pakej 1 - 2 Games = AUD 10.00 per head ( Hanya pada hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 10 mlm)
Pakej 2 - 3 Games = AUD 15.00 per head ( Hanya pada hari Ahad bermula jam 8 mlm)
(Booking amatlah digalakkan)
Saya bagi pihak Exco MyPSA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat bertanding dengan penuh semangat kesukanan.
Sekian, Wassalam.
Fadzil Omar
Wednesday, 1 February 2012
Pertandingan Bowling MyPSA-WA
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan pihak MyPSA-WA akan menganjurkan Pertandingan Bowling.
Berikut merupakan maklumat berkaitan pertandingan.
Tarikh: 26 Februari 2012 (Ahad)
Lokasi: AMF Bowling Cannington, Cnr Manning Road & Burton St, Cannington
Masa: 10am- 1pm.
Yuran penyertaan: AUD20/peserta (2 games)
Mohon kepada yang berminat untuk memberikan maklumat nama, no telefon, email dan universiti anda beserta kategori (sama ada remaja, lelaki atau wanita) kepada Saudara Fadzil (fadzil@y7mail.com) selewat-lewatnya pada 8 Februari 2012. Pembayaran yuran boleh dilakukan kepada Saudara Fadzil atau mana-mana exco MyPSA-WA sebelum atau semasa pendaftaran pada hari pertandingan. Penyertaan adalah berdasarkan "first come, first serve" basis.
Syarat – Syarat Pertandingan Bowling Anjuran MyPSA WA 2012
1. Terbuka kepada semua warga ahli MyPSA dan keluarga yang memenuhi syarat pertandingan serta.
2. Penyertaan adalah secara “ First Come First Serve basis ” dan terhad kepada 40 peserta sahaja.
3. Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan iaitu;
i. Remaja (Berumur diantara 11 tahun hingga 17 tahun)
ii. Individu lelaki
iii. Individu wanita
iv. Berpasukan
i. Remaja (Berumur diantara 11 tahun hingga 17 tahun)
ii. Individu lelaki
iii. Individu wanita
iv. Berpasukan
4. Setiap peserta adalah layak secara ‘automatik’ untuk bertanding dalam ketegori berpasukan.
5. Pembentukan pasukan akan ditentukan secara RAWAK oleh pihak penganjur.
6. Setiap peserta akan bermain sebanyak 2 ‘games’. Markah yang diperolehi dalam ‘games’ berkenaan akan digunakan untuk penentuan pemenang bagi setiap kategori.
7. Pemilihan pemenang bagi kategori remaja, individu lelaki dan wanita akan berdasarkan jumlah kutipan mata yang tertinggi. Bagi kategori berpasukan pula, jumlah kutipan mata akan dikumpulkan dari jumlah kutipan mata setiap peserta di dalam kumpulan tersebut.
8. Jawatan Kuasa Pertandingan akan menyediakan bola & kasut bowling sepanjang pertandingan diadakan, walau bagaimanapun peserta dibenarkan untuk membawa bola & kasut bowling sendiri (jika ada).
9. Peserta diMESTIkan memakai sarung kaki (stokin) sepanjang pertandingan diadakan, peserta yang gagal mematuhi arahan tidak akan dibenarkan untuk bertanding.
10. Jumlah mata akan dikira dan dikeluarkan setelah semua ‘games’ yang dipertandingkan selesai.
11. “Lane Sensor “ tidak akan digunakan semasa pertandingan dijalankan.
12. Semua peserta akan bermain dalam ‘lane’ yang sama sepanjang pertandingan berlangsung (No Cross Lane).
13. Semua peserta perlu mematuhi segala peraturan yang ditetapkan sama ada oleh Jawatan Kuasa Pertandingan ataupun pihak pengurusan AMF Bowling.
14. Peserta yang telah mendaftarkan nama untuk pertandingan tetapi gagal hadir semasa pertandingan berlangsung,wang penyertaan tidak akan dikembalikan.
Sekian. Terima kasih.
Sunday, 20 November 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)